APC diberi kepada anggota Perkhidmatan Awam yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang. Perkhidmatan cemerlang adalah perkhidmatan yang diberikan oleh seseorang Anggota Perkhidmatan Awam yang mutu atau penghasilannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya.
Dasar ini dilaskanakan melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2 Tahun 2002 iaitu Garis Panduan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam. Bahagian Sumber Manusia (BSM) selaku Bahagian yang bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan dasar ini telah mengeluarkan Garis Panduan Pemilihan Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pelajaran. Ia disediakan berdasarkan:
- Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2 Tahun 2002 iaitu Garis Panduan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam
- Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 tahun 2002 mengenai Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan (panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian Prestasi Anggota Perkhidmatan Awam)
Kriteria Pemilihan Penerima APC
A. Kriteria Umum
- Lantikan tetap, sementara ataupun kontrak oleh mana-mana pihak berkuasa melantik (spt SPP, SPA)
- telah berkhidmat genap setahun pada hari terakhir tahun penilaian
telah memberi sumbangan kepada organisasi, perkhidmatan awam, komuniti, daerah, negeri, negara dan peringkat antarabangsa - memperolehi markah sekurang-kurangnya 85%
B. Kriteria Tambahan
- bebas tindakan tatatertib/SPRM/mahkamah pada tahun yang dipertimbang
- mempunyai rekod kehadiran bertugas yang bersih
- tidak pernah menerima APC tiga tahun ke belakang
- bagi guru di sekolah:
- pencapaian dalam P&P
- pencapaian kokurikulum
- bebas teguran audit
Faktor bangsa, gender dan lokasi tempat bertugas (bandar/luar bandar dan pedalaman) juga boleh diambilkira
Bilangan penerima APC tidak melebihi 8% daripada jumlah anggota yang berkhidmat pada 31 Disember tahun penilaian berkenaan. GSTT, GST, Guru Praktikum (j-QAF) tidak boleh diambilkira dalam pengiraan keseluruhan anggota kerana mereka belum lagi dilantik.
No comments:
Post a Comment