... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

17.5.14

Corat-coret Sebelum, Semasa dan Selepas Mesyuarat Agung MGB

Mesyuarat Agung MGB Sepang telah diadakan pada 22 April 2014 yang lalu di Astom Hotel, bandar Baru Nilai.

Sementara menanti mesyuarat dimulakan

















Ustaz Azhar memimpin doa










16.5.14

16 Mei 2014: Sambutan Hari Guru

Pada hari ini, 16 Mei 2014 maka berlangsunglah sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan dan serentak semua sekolah di seluruh negara.  Sambutan peringkat kebangsaan diadakan di PWTC Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Haji Yassin.
Ucapan Menteri Pendidikan

Delegasi Sepang

Exco MGB Selangor

Berikut ialah corat-coret berita sekitar majlis sambutan tersebut.

Tengku Azuan Tokoh Guru Kebangsaan
Penasihat Kluster Johor, Tengku Azuan Tengku Mohamed dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2014 atas sumbangan beliau dalam bidang pendidikan selama lebih 30 tahun.
Berasal dari Kota Bharu, Kelantan, Tengku Azuan memulakan karier sebagai guru pada 1976 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab sebelum bersara pada 9 Oktober 2007.
Persaraan tersebut tidak menghalang beliau untuk terus menyumbang kepada bidang pendidikan melalui penglibatan dalam Institut Integriti Malaysia dan kini dilantik sebagai Penasihat Kluster Johor oleh anak syarikat Khazanah Nasional Berhad bagi menjaga lima sekolah Amanah di negeri itu



Alimuddin Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dianugerahkan Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan atas sumbangan beliau membangunkan pendidikan negara sejak 1976.
Alimuddin yang berasal dari Teluk Intan, Perak menerima anugerah tersebut daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan di sini hari in

Muhyiddin  sebak  bertemu  bekas  gurunya

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebak apabila bekas gurunya ketika di Sekolah Tinggi Muar, Johor iaitu Yusof Karto, 80, hadir ke sambutan Hari Guru Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Muhyiddn yang tidak menjangka kejutan itu segera bangkit dari tempat duduknya untuk berjumpa Yusof yang berkerusi roda lalu mencium tangan dan berbual dengannya



KUALA LUMPUR 16 Mei - Netbook 1Malaysia akan turut diberikan kepada warga pendidik bagi menghargai golongan itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Dalam catatan laman Facebooknya, beliau berkata, perkara itu telah dipersetujui Kabinet dalam mesyuarat mingguannya Rabu lalu.
Buat permulaan kira-kira 400,000 guru di seluruh negara akan menerimanya. "Ini adalah hadiah Hari Guru kami untuk guru-guru seluruh negara. Guru tonggak kemajuan negara. Selamat Hari Guru," katanya merujuk kepada sambutan Hari Guru hari ini.

Program pemberian Netbook 1Malaysia diperkenalkan pada 2010 yang bertujuan meningkatkan kadar celik teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat luar bandar.  Sehingga kini, lebih 1.7 juta Netbook 1Malaysia telah diagihkan kepada pelajar sekolah dan universiti daripada keluarga kurang berkemampuan. - BERNAMA



15.5.14

Selamat Hari Guru

Tema Hari Guru 2014 ialah Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
16 Mei ialah tarikh keramat bagi para guru.  Pada tarikh ini, ia disambut sebagai Hari Guru di negara kita setiap tahun



14.5.14

Mesyuarat Pengurusan Sekolah dan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor Bil 3/2014


Mesyuarat kali ketiga diadakan pada hari ini 14 Mei 2014 di Bilik Gemilang Puri, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang.  Ia turut dihadiri oleh Penolong Pengarah Kanan Perhubungan dan Pendaftaran dari Jabatan Pendidikan Negeri, En. Johari Mohd Noh.
Sambutan peringkat negeri ini akan diadakan di Hotel Sama-Sama yang dijangka akan dirasmikan oleh KPPM, Datuk Dr Khair bin Mohamad Yusof.  Lagu tema kali ini masih menggunakan lagu lama iaitu Transformasi Pendidikan Negara.

Sambutan di peringkat sekolah mesti disambut pada 16 Mei 2014 (Jumaat) - perlu ada bacaan perutusan  teks ucapan dari menteri dan KPPM. Ia boleh didapatkan daripada portal KPM.

Aktiviti perayaan Negeri selangor:
  1. Anugerah Tokoh Guru - Unit Perhubungan Awam JPN
  2. Anugerah Tokoh Kepimpinan
  3. Anugerah Tokoh Swasta
  4. Pendidikan Khas
  5. Kurang Upaya
  6. Inovatif
  7. Kepimpinan ICT
  8. Ikon Guru
  9. Bacaan Yasin, Tahlil dan Solat Hajat - 8 Mei 2014 di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA
  10. Khutbah Jumaat - akan dibacakan pada 16 Mei 2014
  11. Kebajikan Guru - Isnin lalu Pengarah telah datang ke PPD dan ke SK Salak, rumah di Kg Bukit Bangkong serta SJK (C) Tche Min
  12. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah - 16 Mei 2014
  13. Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah
  14. Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan - 16 Mei 2014 di PWTC
Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Guru: Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi.  

En. Johari Mohd. Noh - Penolong Pengarah Kanan, Unit Pendaftaran dan Perhubungan
  1. KPM menyarankan agar sambutan Hari Guru peringkat sekolah disambut pada 16 Mei 2014.  Ini adalah amalan biasa kecuali ia jatuh pada hari tidak bersekolah maka akan disambut pada hari sekolah yang berikutnya.  
  2. Cara sambutan adalah terpulang kepada Guru Besar.  Pendaftar tidak terlibat dengan sambutan kecuali jika  sekolah bercadang untuk tidak bersekolah langsung maka ia perlukan kelulusan dari Pendaftar.
  3. Pemakluman kepada ibu/bapa / penjaga hendaklah jelas tentang perjalanan sambutan misalnya diadakan sebelah pagi bagi sesi pagi dan petang, diadakan sebelum rehat dan selepas rehat PdP seperti biasa.  Namun pihak Jabatan lebih cenderung agar sambutan sesi pagi dan petang dibuat secara berasingan.
  4. Sambutan di peringkat negeri dan daerah hendaklah selepas sambutan peringkat kebangsaan
  5. Tuan PPD, Hj. Mat Jah bin Roslan - Cara mana sambutan dibuat adalah terpulang kepada pengurusan sekolah. Sambutan hari guru itu sendiri adalah merupakan PdP.  Apa yang penting ialah ibubapa dimaklumkan dengan jelas.
Pada tahun ini seramai tiga orang akan dinobatkan sebagai Tokoh Guru Selangor 2014.

Semua laporan JK Kecil hendaklah disiapkan dan dihantar kepada JK Dokumentasi selewat-lewatnya pada 25 Mei 2014.

11.5.14

Kem Perdana MERKUR1 Zon 2 DUN Dengkil

Pada 10 Mei 2014 telah berlangsung Kem Perdana ini di SK Dengkil.  En. Abdul Latif Saari bersama Penyelaras MERKUR1nya En. Amran telah bertungkus-lumus memastikan program ini berjalan lancar dan berjaya mencapai matlamat.

Ucapan pembukaan oleh En. Mohd. Latif Saari, GB SK Dengkil


Tulang belakang yang menjayakan Kem Perdana Zon 2




Mesyuarat pascaprogram diadakan di bilik Guru Besar SK Dengkil

9.5.14

Konvensyen Pendidikan MGB Selangor 3/2014

Barisan Exco MGB Selangor bersama Perasmi dan Pegawai Perhubungan
Pada 6 hingga 8 Mei 2014 telah berlangsung Konvensyen Pendidikan MGB Selangor di Hotel Flamingo Kuala Lumpur.  Konvensyen kali ketiga ini telah berjaya mengumpulkan seramai 419 orang peserta dari 10 PPD.  Terdapat pelbagai pengisian yang dibuat dari kerohanian, keprofesionalisme, santai dan riadah.  Selain itu, di kesempatan tu juga berjaya diadakan Mesyuarat Agung MGB Selangor.

Konvensyen ini dirasmikan penutupannya oleh Tuan Haji Mahmudi bin Bakri, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah yang mewakili Pengarah Pendidikan Negeri Selangor.

Haji Shukor (Hulu Langat), Haji Tamyes (Klang), Sukimin (Sepang), Shahrum (Hulu Langat) dan Suhaimi (Sabak Bernam)
Peserta konvensyen
Orang kuat Klang Haji Azmi da Haji Hamidi

1.5.14

Konvensyen Pendidikan MGB Selangor 2014


Berikut ialah pautan maklumat konvensyen yang diadakan bakal diadakan pada 6 hingga 8 Mei 2014 di Flamingo Hotel by The Lake, Ampang.

  1. Kertas Kerja
  2. Jawatan Kuasa
  3. Tentatif Jadual
  4. Cadangan Pengerusi dan Moderator