... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

15.4.14

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2014

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan telah diadakan di PWTC pada 16 Mei 2014 (Jumaat). Dalam majlis yang disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Dato' Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin. 
Dalam sambutan tahun 2014 ini,  Tan Sri Alimuddin Mohd Dom telah dipilih sebagai Tokoh Kepemimpinan Pendidikan sementara Penasihat Kluster Johor, Tengku Azuan Tengku Mohamed pula dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2014 atas sumbangan beliau dalam bidang pendidikan selama lebih 30 tahun.



Berasal dari Kota Bharu, Kelantan, Tengku Azuan memulakan karier sebagai guru pada 1976 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab sebelum bersara pada 9 Oktober 2007. Beliau merupakan bekas Pengetua Kolej Tunku Kurshiah dan juga pernah menjadi pengetua di Sekolah Seri Puteri dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki.
























9.4.14

Cuti Ganti 2014




Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Pengarah 2014





KPI yang berkaitan dengan sekolah rendah:
  • Peratus Murid Tahap 1 menguasai Kemahiran Literasi dan Numerasi:
TahunLiterasiNumerasi
190.00%90.00%
297.00%97.00%
3100%100%

  • Peratus Murid Tahun 1 dan 2 menguasai Literasi Bahasa Inggeris:

SaringanTahun Peratus
2170.00%
2287.00%


  • Kedatangan Murid ke sekolah 95.00%
  • Penurunan peratus salah laku murid 0.02%
  • Peratus pencapaian kemenangan dalam pertandingan sukan MSSM 83.00% dan kokurikulum 81.00% di peringkat kebangsaan
  • Bilangan sekolah dalam Band 6 dan Band 7 - 1 buah 
  • Bilangan sekolah dalam banda 1 dan Band 2 - 270 buah


Konvensyen Guru Besar Sekolah Kebangsaan Negeri Selangor

MGB Selangor akan menganjurkan konvensyen pada 6 hingga 8 Mei 2014 di Hotel Flamingo.  Dijangka lebih daripada 500 peserta akan hadir.  Pada tahun ini MGB Hulu Selangor menjadi penganjur.


  1. Guru Besar hendaklah sahkan kehadiran lebih awal
  2. Guru Besar yang tidak dapat hadir tidak perlu diganti (kerana ini adalah atas tiket peribadi bukan jawatan)
  3. Guru Besar yang telah sahkan kehadiran, sekiranya tidak hadir maka caj akan dikenakan ke atas MGB Daerah.
  4. Tentukan rakan sebilik
  5. Senarai jangkaan kehadiran dan pasangan bilik hendaklah diserahkan kepada urus setia selewat-lewatnya pada .....
  6. masa hadir ke konvensyen, semua peserta pukul 4 petang terus masuk ke Dewan Konvensyen.  Semua pendaftaran di sini.  Anak kunci dan beg akan terima untuk daerahnya.
  7. Maklumkan siapa yang sebenarnya jadi perwakilan

  8. 6hb yan ambil beg


  9. Noh Omar berhajat hdir sama - kena beri ruang berucap. Makan malam pukul 8-9 ada ucapan YDP, pengarah dan dato noh. pukul 9 kena habis makan malam terus pertandingan karaoke.  


  10. pedaftaran 2 - 4 di depan dewan. Ambil nama dan terus masuk dan duduk di baris daerah masing-masing
  11. 4 taklimat oleh SU - housekeeping
  12. 5.30 rehat - solat di bilik
  13. 8 mlm - 11 malam slot 1 -







8.4.14

Bengkel Kerja Pemugaran Kepimpinan Instruksional dan Melindungi Masa Instruksional

Bengkel ini diadakan di Kirkby International College, Cyberjaya bermula pada 8 dan 9 April 2014.  Ia dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Sepang dengan pesertanya terdiri daripada semua Guru Besar dan Pengetua sekolah-sekolah di Sepang.

Slot pertama ialah mengenai Pemugaran Kepimpinan Instruksional dan MMI yang disampaiakn oleh Tuan Haji Sailan bin Misran.  PAda hari pertama ini terdapat dua bengkel yang dijalankan iaitu Mendefinisikan Misi Sekolah dan Mengurus Kurikulum dan Pengajaran.




Kumpulan 10 - SK Desa Pinggiran Putra, Sk Methodist Sg Pelek, SK Kota Warisan dan SK Jenderam








6.4.14

HEBAHAN KEPADA PPP GRED DG29, DG32, DG34 DAN DG38 YANG MEMILIKI KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA DAN MEMOHON KEPADA SPP UNTUK DILANTIK SEBAGAI PPP GRED DG41 TETAPI BELUM DIPANGGIL TEMU DUGA ATAU YANG MEMOHON PENGECUALIAN TEMU DUGA DI BAWAH PEK.SPP BIL.1/2013


Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 40 Tahun 2013 bertajuk “Penggabungan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma” dilaksanakan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014. Selaras dengan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan tersebut oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), SPP ingin memberi pernyataan berikut:

Mulai 1 Januari 2014, SPP tidak lagi melaksanakan pelantikan ke Gred DG41 bagi PPP Gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda semasa dalam perkhidmatan mereka.

Sehubungan itu, PPP Gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 yang telah:
  1.  memohon kepada SPP untuk dilantik sebagai PPP Gred DG41 tetapi belum ditemu duga; atau
  2. memohon pengecualian temu duga di bawah Pekeliling SPP Bilangan 1 Tahun 2013 
adalah terbatal permohonan mereka. PPP tersebut hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap melalui Ketua Jabatan kepada KPM untuk pertimbangan kenaikan pangkat ke Gred DG42.

Oleh itu Pekeliling SPP Bilangan 1 Tahun 2013 adalah tidak terpakai.

Dipetik dari laman web SPP.

5.4.14

Selamat Bersara Pn. Hajah Siti Amarah Haji Adnan

Tanggal 3 April 2014 (Khamis) yang lalu telah berlangsung majlis persaraan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti Puan Hajah Siti Amarah bt. Adnan.  Beliau yang genap berusia 58 tahun pada 4 April 2014 dirai dalam majlis yang bertemakan zaman kesultanan Melayu.

Yang dirai mencatat di Buku Pelawat
Bersama YDP PIBG SK Pulau Meranti









Kunjungan prapersaraan oleh Hajah Rohaidah Mohd. Ali

Kunjungan prapersaraan oleh Sukimin bin Juki