... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

25.4.13

Guru cuti dua Sabtu sebulan


Berita Harian 2010/06/05 - 06:32:53 AM

Pengetua wajib beri rehat untuk kurangkan beban tugas pengajar

PASIR PUTEH: Pengetua dan guru besar wajib memberi rehat kepada guru pada setiap dua hari Sabtu dalam tempoh sebulan untuk mengurangkan beban tugas mereka, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata mereka tidak boleh memaksa guru-guru bertugas pada setiap hari Sabtu dengan aktiviti kokurikulum dan akademik.
Surat pekeliling mengenainya sudah dikeluarkan kepada setiap sekolah," katanya kepada pemberita selepas menutup Hari Kecemerlangan sekolah-sekolah berasrama penuh di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh di sini semalam.


BERNAMA memetik Alimuddin berkata, pihak sekolah bagaimanapun boleh mengadakan aktiviti luar pada dua hari Sabtu setiap bulan dengan syarat merancang jadual lebih awal untuk memberi ruang guru merancang aktiviti keluarga.

Selain itu, beliau berkata, jika Sabtu jatuh pada hari kelepasan am, sekolah sama sekali tidak boleh memaksa guru bertugas.

Beliau mengulas rungutan guru yang dipaksa guru besar dan pengetua supaya mengajar kelas tambahan pada setiap Sabtu, menyebabkan mereka tiada waktu rehat secukupnya.

Akhbar sebelum ini melaporkan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Kementerian Pelajaran mempertimbangkan supaya guru hanya bekerja lima hari seminggu, sama seperti penjawat awam lain.

Sementara itu, Presiden NUTP, Hashim Adnan, meminta semua pengetua dan guru besar akur surat pekeliling yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran.

Katanya, ini kerana tindakan segelintir pengetua dan guru besar yang memaksa guru mengajar kelas tambahan pada setiap Sabtu hanya merugikan pihak sekolah dan guru sendiri.

“Jika guru dikerah mengajar setiap Sabtu, ia boleh menyebabkan mereka hilang fokus akibat keletihan apabila mengajar pada minggu berikutnya.

“Keputusan supaya guru wajib diberi rehat dua hari Sabtu dalam tempoh sebulan adalah langkah yang tepat, namun NUTP tetap berpendapat guru wajib rehat pada setiap Sabtu,” katanya.

Selain itu, beliau meminta kementerian mengkaji semula Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2005 yang memberi kelonggaran kepada sekolah melaksanakan program pendidikan tidak lebih dua kali Sabtu dalam sebulan.




Bukan semua guru hadir aktiviti Sabtu

 

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk aduan ‘Bakal DG48, Pinggiran Putra, Putrajaya’ yang disiarkan ruangan ini bertarikh 22 Mei lalu bertajuk ‘Pentadbir sekolah wajar ubah sikap’.

Isu yang dibangkitkan oleh Bakal DG48 ialah ‘guru dipaksa menghadiri mesyuarat dengan pengetua tiga kali seminggu dan taklimat dua kali seminggu.
Kalau tak cukup lima hari seminggu terpaksa dibuat pada Sabtu. Guru diarah membuat kerja tidak berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) seperti Hari Q sekolah.’


Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan (PPWP) Putrajaya mengambil serius perkara ini dan menjalankan siasatan terhadap aduan Bakal DG48. PPWP Putrajaya mengeluarkan surat ‘kajian mengenai beban guru’ bertarikh 24 Mei lalu (KPM.PPWPP.(S).620-1/5/8) bagi mendapatkan maklumat mengenai mesyuarat yang dijalankan pihak sekolah dalam satu minggu dan aktiviti dijalankan pada Sabtu bermula Januari hingga Jun 2010.

Di Wilayah Persekutuan Putrajaya ada sebanyak 20 sekolah termasuk sekolah menengah dan sekolah rendah sudah memberikan maklum balas melalui borang ‘kajian mengenai beban guru’ yang diberikan.

Hasil siasatan dan pemantauan dijalankan PPWP Putrajaya mendapati aduan Bakal DG48 adalah tidak berasas. Mesyuarat sekolah yang membabitkan semua guru hanya diadakan sekali seminggu, manakala mesyuarat membabitkan ahli jawatankuasa tertentu diadakan mengikut keperluan.

Berdasarkan laporan aktiviti Sabtu dari sekolah Putrajaya pula, didapati pihak sekolah hanya menjalankan program pendidikan yang bersifat akademik dan kokurikulum pada Sabtu mengikut Surat Pekeliling ikhtisas Bil.8/2005 : Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu.
Untuk makluman aktiviti dijalankan juga tidak semuanya membabitkan semua guru. Hanya guru yang terbabit yang perlu hadir ke aktiviti itu.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran.

3.4.13

Pegawai Berkhidmat di Luar Masa Biasa

Sebagai Ketua Jabatan, Guru Besar ada kalanya memerlukan guru atau stafnya bertugas di luar masa  biasa mereka bertugas.  Apakah punca kuasa yang membolehkan Guru Besar berbuat demikian?  


Perintah Am Bab G para 17 Ketua Jabatan boleh menghendaki pegawai berkhidmat di luar masa biasa.
Walau apapun perbekalan-perbekalan lain dalam bab ini (G), termasuk Perintah-perintah Am 3 dan 10, seseorang Ketua Jabatan atau pejabat boleh menghendaki mana-mana pegawainya bertugas di luar masa yang ditetapkan apabila pada pandangannya ini adalah untuk kepentingan awam atau kepentingan perkhidmatan.  Ini termasuklah kehadiran ke pejabat lebih awal atau tinggal di pejabat lebih lewat daripada masa-masa yang ditetapkan, atau hadir di pejabat pada hari-hari minggu atau kelepasan am.

*Perintah Am 3 dan 10 Menunaikan sembahyang Jumaat



Guru Cemerlang


DEFINISI GURU CEMERLANG


Guru Cemerlang

PENGENALAN


Tujuan utama Kerajaan memperkenalkan laluan kenaikan pangkat sebagai guru Cemerlang adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru yang benar-benar cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususan tanpa perlu menukarkan ke jawatan pentadbiran. Dengan cara ini, guru-guru yang bermotivasi tinggi, mahir, berpengalaman dan pakar dalam sesuatu bidang tertentu dapat terus dikekalkan untuk mengajar di sekolah bagi memperkasakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Pelaksanaan konsep Guru Cemerlang juga bertujuan untuk menjadikan guru-guru yang dilantik sebagai role model yang akan menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing. Kewujudan Guru Cemerlang diharapkan dapat menjadi pemangkin bagi sesebuah sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik yang lebih cemerlang dan gemilang.

PUNCA KUASA

Pada tahun 1993, Mesyuarat Jemaah Menteri telah pun meluluskan memorandum bertajuk “ Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan: Cadangan Yang Cemerlang”. Hasilnya, konsep Guru Cemerlang telah dijadikan sebagai satu laluan kenaikan pangkat yang baru mulai tahun 1994.

KUOTA GURU CEMERLANG

Pada tahun 1994, kuota asal Guru Cemerlang yang telah diluluskan dibawah SSB adalah sebanyak 1,000 bagi kenaikan pangkat dari Gred DG3 ke DG2 dan sebanyak 1,600 jawatan bagi kenaikan pangkat dari Gred D6 Ke Gred DG5.
Pada tahun 2004, Kerajaan telah mewujudkan 12 kuota Guru Cemerlang Gred Khas C. Pada tahun 2006, Kerajaan telah menambah kuota untuk gred sisipan Gred DGA32,DGA34, DG44 dan Gred DG52 menjadikan jumlah kuota keseluruhan Guru Cemerlang sebanyak 9,374.
Mulai tahun 2006, konsep Guru Cemerlang Gred Khas C yang pada awalnya dikhaskan untuk guru-guru di sekolah turut diperluaskan ke peringkat institusi-institusi lain seperti IPG dan KM.
Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan yang bersidang pada 26 Mac 2009 telah meluluskan pertambahan kuota jawatan Guru Cemerlang menjadikan kuota keseluruhan jawatan Guru Cemerlang menjadi 14,327 jawatan (Jadual 3)
Jadual 3: Kuota Guru Cemerlang
GredKuota Mengikut Tahun Diluluskan
1994200420062009
Khas C-122436
DG54--100134
DG52--250336
DG481,000(DG2)-1,0001,345(SM)
173(SR)
DG44--4,0005,379(SM)
1,737(SR)
DGA38---237
DGA34--800950
DGA321,600(DG5)-3,2004,000
Jumlah2,600129,37414,327

SYARAT-SYARAT PEMANGKUAN

Bagi melayakkan calon untuk memangku Guru Cemerlang , calon perlu memenuhi syarat-syarat pemangkuan yang ditetapkan. Syarat-syarat pemangkuan terbahagi kepada (2) bahagian iaitu syarat-syarat khusus.

SYARAT-SYARAT UMUM

Disahkan dalam perkhidmatan (bagi urusan pemangkuan ke Gred DG44(KUP) sahaja):
  1. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan LNPT bagi 3 tahun terakhir;
  2. Bebas daripada tindakan tatatertib;
  3. Telah mengisytiharkan harta;
  4. Lulus tapisan keutuhan SPRM;
  5. Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan;
  6. Diperakukan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan.
Syarat-syarat Khusus
  1. Bagi Gred DGA32(KUP): sekurang-kurangnya 5 tahun mengajar termasuk 3 tahun mengajar mata pelajaran kepakaran:
  2. Bagi Gred DG44(KUP): sekurang-kurang 5 tahun mengajar termasuk 3 tahun terakhir mengajar mata pelajaran pakar;
  3. Bagi Gred DG48(KUP); telahdinaikkanpangkat ke Gred DG44(KUP)/Gred DG44 hakiki;
  4. Bagi Gred DG52(KUP): telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48(KUP)/Gred48 hakiki;
  5. Bagi Gred DG54(KUP): telah dinaikkan pangkat ke Gred DG52(KUP)/Gred DG52 hakiki;
  6. Bagi Gred Khas C (KUP): telah dinaikkan pangkat ke Gred DG54(KUP)/Gred DG54 hakiki.
Dipetik dari Laman Web KPM pada 3 April 2013

28.3.13

Program Pemulihan 3M (ProTiM)

Posting ini sesuai dibaca oleh Guru Besar, Penolong Kanan, Ketua Panitia BM, Ketua Panitia Matematik, guru BM dan Matematik tahap 2, guru pemulihan, pegawai PPD, pegawai JPN, pegawai KPM, ibubapa dan murid.

Mungkin kita sering kali mendengar perkataan ProTiM dan biasa menguruskannya.  Namun mungkin terdapat sebahagian daripada kita yang kurang jelas tentang matlamat dan kaedah pelaksanaannya.  Oleh itu di sini dijelaskan sedikit sebanyak mengenai ProTiM agar kita lebih mengenalinya lantas dapat membantu kita meningkatkan kualiti pelaksanaannya di sekolah.



PENDAHULUAN
ProTiM ini merupakan usaha dan upaya untuk memastikan semua murid (bermasalah) yang bakal menamatkan pendidikan rendah dapat menguasai (sekurang-kurangnya) 3M, tidak tercicir dari persekolahan serta dapat mengikuti pelajaran di peringkat seterusnya (menengah). 


RASIONAL
Setelah melalui proses pendidikan selama 3 tahun di Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3) didapati masih ada murid yang bermasalah menguasai kemahiran 3M. Tiga kemahiran asas (3M) yang mesti dikuasai oleh setiap murid selepas tiga tahun awal persekolahan rendah ialah membaca (M1), menuis (M2) dan mengira (M3).


PELUASAN
Menyedari adanya murid Tahap 2 yang masih keciciran 3M,  maka adalah wajarlah program ini diperluaskan dan dimulakan dari Tahun 4 dan Tahun 5 selain Tahun 6 juga. 


MATLAMAT PROTIM TAHUN 4
Murid Tahun 4 yang bermasalah 3M boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira sebelum ke Tahun 5 dan Tahun 6. 

LATAR BELAKANG
  1. Mulai tahun 2006 dan pada tahun 2007 ProTiM dilaksanakan kepada murid Tahun 6 selepas/pasca UPSR (September–Oktober/November).  Pada tahun 2007 juga program ini dirintis kepada murid Tahun 4 (Februari – Oktober/November) di sekolah terpilih sahaja.
  2. Mesyuarat Program Sekolah Angkat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) Bil/2/2007 pada 2 Julai 2007 memutuskan program Pemulihan kemahiran membaca, menulis, dan mengira (ProTiM) Tahun 4 diperluas ke seluruh sekolah rendah pada tahun 2008
  3. Ini bermakna pada tahun 2008 ProTiM dilaksanakan kepada murid Tahun 4 (Februari – Oktober/November) dan Tahun 6 selepas/pasca UPSR (September – Oktober/November).  Tetapi mulai 2009 ProTiM dilaksanakan kepada murid Tahun 4 dan peluasan Tahun 5 ((Februari – Oktober/November) dan Tahun 6 selepas/pasca UPSR (September – Oktober/November)
  4. Dapatan Kajian rintis pada 2007 mendapati murid Tahun 4 yang mengikuti ProTiM boleh ditingkatkan penguasaan 3M: 
  • 19.4% - (Membaca) 
  • 9.9 % - (Menulis) 
  • 17.8% - (Mengira)


DEFINISI KONSEP
  1. Kemahiran Membaca - keupayaan dan kebolehan mengecam, membunyikan perkataan dengan suku kata terbuka dan tertutup serta membaca dan memahami rangkai kata dan ayat tunggal dan majmuk mudah. 
  2. Kemahiran Menulis kebolehan murid memilih dan menulis huruf untuk membentuk suku kata, perkataan dan ayat yang bermakna.
  3. Kemahiran Mengira kebolehan murid mengira iaitu menguasai kemahiran asas mengira (secara mekanis) bagi nombor bulat (sehingga 10,000) yang melibat operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.

OBJEKTIF PROGRAM 2M
  1. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
  2. membaca dan menulis perkataan dan rangkai kata daripada suku kata terbuka dan tertutup;
  3. membaca, menulis dan memahami ayat tunggal dan ayat majmuk mudah.

OBJEKTIF PROGRAM M3
  1. mengenal dan menguasai nombor bulat hingga 10,000.
  2. menguasai fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
  3. menguasai kemahiran asas mengira bagi operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 10,000, darab 2 digit dengan 1digit dan 2 digit, bahagi 2 digit dengan 1 digit dan 4 digit dengan 2 digit.


KANDUNGAN / BAHAN PROGRAM

  • Program Pemulihan 3M menyediakan dua modul - Modul 2M dan Modul M3
  • Guru digalakkan menggunakan kreativiti sendiri dengan menggunakan ABM/BBM sedia ada yang berkesan.
  • Sumber lain yang berkesan boleh digunakan dan digalakkan.


PELAKSANAAN
  • Bahasa Malaysia - bagi SK dan SJK, pemulihan 2M dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia.
  • Matematik - bagi SK pemulihan Matematik dijalankan dalam waktu Matematik namun di SJK diberi pilihan menjalankan pemulihan M3.
  • Penentuan Murid.  Berdasarkan rujukan guru; Guru berkenaan menyenaraikan murid 

    1. yang belum menguasai kemahiran literasi dan numerasi walaupun telah mengikuti program LINUS selama 3 tahun.  
    2. yang baru melepasi ujian saringan terakhir Tahun 3 dan memasuki kelas aliran perdana.  
    3. Berdasarkan pemerhatian di dalam kelas, laporan guru mata pelajaran matematik dan bahasa Malaysia sebelumnya serta keputusan murid dalam ujian dan peperiksaan penggal.
    Murid yang dikenal pasti ini akan menduduki ujian praujian PraProTiM bagi mengesahkan tahap penguasaan 3M murid berkenaan.  Bagi mereka yang mendapat kurang daripada 8 markah pada mana-mana bahagian praujian perlu mengikuti ProTiM.
  • Kelompok I: Program Tidak Menguasai 3M Kelompok II: Tidak Menguasai 2M Kelompok III: Tidak Menguasai M3: •Tambah Tolak •Darab •Bahagi
  • Guru ProTiM.  Guru Bahasa Malaysia dan Matematik Tahun 4/5/6 berkenaan atau guru yang dipilih oleh pentadbir sekolah. Boleh dibantu oleh Guru Pemulihan (Guru Bantu Protim)
  • Nisbah guru - murid yang kecil. 
  • Jangka masa program. Bagi Tahun 4 dan Tahun 5 ialah Februari hingga November sementara  bagi murid Tahun 6 pula ialah September hingga November (selepas UPSR).
  • PELAKSANAAN  Secara dasar dilaksanakan pada waktu Bahasa Malaysia dan Matematik, atau budi bicara sekolah (secara intensif dalam waktu persekolahan)  Guru Besar boleh membuat pengubahsuaian jadual waktu, dengan memastikan matlamatnya tercapai.
  • Dilaksanakan samada dalam;  Kelas (sedia ada): pada waktu Bahasa Malaysia bagi 2M dan Matematik bagi M3 oleh gurunya sendiri.  *Kelas Khas (jika ada)  *Kelas Intensif. *Budibicara sekolah * Waktu mata pelajaran lain tidak diabaikan. 

PENGURUSAN ProTiM

  1. Jawatan Kuasa - Penasihat (Guru Besar), Pengerusi (Penolong Kanan Kurikulum/Petang), Setiausaha (Ketua Panitia) dan Ahli (semua guru BM dan Mat), guru pemulihan)
  2. Fail - diwujud dan dikemaskini.


PELAKSANAAN PROGRAM
  • Murid yang dikenal pasti akan menduduki Praujian ProTiM.
  • Pembentukan kelas dan pengajaran dijalankan sebaik dapatan ujian diperoleh.
  • Sepatutnya murid hanya mengikuti program bagi kemahiran yang perlu dikuasai.
  • Pascaujian ProTiM dijalankan pada akhir program.
JADUAL WAKTU PROGRAM 
Tempoh Waktu Perlaksanaan P&P ProTiM (Kelas Pemulihan) Selepas Praujian dan 
  1. Pengajaran dan Pembelajaran dalam waktu Bahasa Melayu/Dapatan Analisis hingga Matematik Pascaujian dilaksana. atau 
  2. Kelas Khas atau 
  3. Kelas Intensif (Dalam tempoh yang ditetapkan, pemulihan perlu diteruskan (namun perlu memastikan selagi ada murid pelaksanaannya mencapai yang tidak menguasai matlamat program) kemahiran asas 3M)
Bahagian Terlibat
Diterajui oleh BPK dan dibantu JPN, PPD/PPG. 
Pihak BPK, Penolong Pengarah Bahasa dan Sains dan Matematik di JPN dan di PPD/PPG.
PPD Sepang diketuai oleh En. Mohd Alias bin Awang (PPPD Sains dan Matematik) dengan dibantu oleh En. Rosli bin Sadali (Bahasa Malaysia) dan Pn. Rasidah bt. Mohamad Rais (Matematik). 

PEMANTAUAN 
Peringkat Dalaman (Sekolah) oleh:
  • GB
  • Penolong Kanan
  • Ketua Panitia

26.3.13

j-QAF: FAQ



PELAKSANAAN JADUAL KELAS j-QAF

1.       Berapa waktu P&P j-QAF?
8 waktu Enam bulan pertama (4 waktu Al Quran, 2 waktu Jawi & 2 waktu B. Arab).
Enam bulan kedua (3 waktu Al Quran, 1 waktu Jawi, 2 waktu Ulum 2 waktu B. Arab).

2.       Adakah waktu pengajaran Bahasa Arab berada dalam jadual waktu persekolahan?
Ya, Bahasa Arab diwujudkan dari satu waktu pilihan Guru Besar dan satu waktu tambahan (2 waktu). Mengikut pekeliling Kementerian Pelajaran Penawaran Mata Pelajaran Tambahan (Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Tamil Komunikasi & Bahasa Cina Komunikasi)

3.       Bagaimana pelaksanaan kelas pemulihan Jawi
Kelas Pemulihan Jawi dilaksanakan serentak dengan waktu P&P Jawi tetapi dijalankan di tempat lain secara berasingan.

4.       Berapa kekerapan Kem Bestari Solat perlu diadakan?
4 kali setahun bagi setiap orang murid j-QAF.

5.       Bilakah Kem Bestari Solat boleh dilakukan?
Dilakukan di luar waktu persekolahan mengikut kesesuaian pihak sekolah

6.       Bilakah perlu diadakan Kelas Tasmik?
Diadakan di luar waktu P&P.

7.       Berapa jamkah Kelas Tasmik dilaksanakan?
Tidak boleh melebihi waktu P&P wajib setiap guru. Jumlah jam P&P Kelas Tasmik termasuk dalam perkiraan P&P guru.

8.       Bagaimanakah pergerakan guru semasa P&P Ulum Syariah Enam Bulan Kedua ?
Seorang guru j-QAF(sama ada guru Jawi @guru Al-Quran) dan guru pembimbing terlibat bersama semasa P&P berjalan.

9.       Bagaimanakah pelaksanaan kelas Tasmik bagi enam bulan kedua?
Perjalanan Kelas Tasmik masih mengikut jadual enam bulan pertama.

10.   Bagaimanakah cara mengatasi masalah murid yang masih lemah penguasaannya dalam Iqra’ untuk enam bulan kedua?
Adakan Kem Iqra’ mengikut kesesuaian pihak sekolah dan guru boleh terus membantu mereka semasa P&P al Quran dijalankan.


Penyelarasan Jadual Waktu Persekolahan Bagi Sekolah-sekolah Negeri Selangor



Rujukan: JPNS.SPA.100-1/1Jld5(61) bertarikh 19 Mac 2013
Dalam surat siaran ini ada menyebut SPI berikut untuk rujukan:
  1. Surat Pekeliling Ikhtisas 8/1990: Sukatan Pelajaran dan Peruntukan Masa Untuk Mata-Mata Pelajaran Program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Bagi Sekolah Menengah Atas Mulai Tahun 1992
  2. Pekeliling Ikhtisas 6/1991Sukatan Pelajaran Dan Peruntukan Masa Untuk Mata-Mata Pelajaran Program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Bagi Sekolah Menengah Rendah Dan Sekolah Menengah Atas
  3. Surat Pekeliling Ikhtisas 7/1994: Peruntukan Masa KBSR bagi Seminggu dan Jadual Pelaksanaan Mata-Mata Pelajaran KBSR 
Mungkin juga SPI berikut boleh dijadikan panduan lanjut:
  1. Surat Pekeliling Ikhtisas 10/1995: Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal Bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
  2. Surat Pekeliling Ikhtisas 8/2002: Penawaran Mata Pelajaran Bahasa Tambahan di Sekolah Kebangsaan  (SK)
  3. Surat Pekeliling Ikhtisas 13/2004: Pelaksanaan Program j-QAF di Sekolah Rendah
SPI 8/2002 telah menambah 1 masa kepada Sekolah Kebangsaan yang menawarkan mata pelajaran Bahasa Tambahan [para 2: ...pertambahan masa persekolahan sebanyak tiga puluh (30) minit bagi Tahap 1 sekolah rendah. Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Tambahan hendaklah dimasukkan dalam jadual waktu rasmi sekolah]

SPI 13/2004 juga telah menambah masa belajar murid [para 3.3] namun tidak diletakkan dalam jadual waktu rasmi.  Ia dikhususkan untuk Tasmik Khatam Al-Quran.  Memandangkan ia tidak diletakkan dalam jadual waktu rasmi, maka ramai yang lalai dengan tidak mengambil tempoh masa Tasmik sebagai tempoh masa belajar rasmi.  Bilangan waktu guru yang terbabit dengan Tasmik adalah dikira sebagai masa mengajar rasmi guru tersebut. 

Ini bermakna seharusnya perlu dikeluarkan satu SPI baru yang mengambil kira semua perubahan ini agar semua pihak mendapat gambaran organisasi sebenar jadual pembelajaran di sekolah rendah.  Selagi tidak dikeluarkan, maka banyak pihak yang akan kekal  merujuk kepada SPI yang dikeluarkan pada tahun 1994 dan tahun-tahun sebelumnya yang mana sudah pasti masa belajar tambahan yang muncul dalam SPI 8/2002 dan SPI 13/2004 tidak terlihat untuk diambil kira.

SPI 13/2004 yang telah dilaksanakan pada semua tahun (tahun 1 hinga tahun 6) sebenarnya memberi cabaran yang besar kepada pengurusan Sekolah Kebangsaan dari segi menetapkan masa mula dan masa balik sesi pagi dan sesi petang, penyusunan jadual guru, penggunaan bilik, jadual pengangkutan murid pergi dan balik serta hubungan dengan sekolah agama. Kesannya semakin bertambah andainya sekolah tersebut adalah dua sesi dan menawarkan mata pelajaran bahasa tambahan.

Sehubugan itu, timbang tara diperlukan bagi sekolah kebangsaan 2 sesi

Pelaksanaan j-QAF di sekolah rendah mulai tahun 2004 sedikit sebanyak memerlukan sekolah membuat sedikit perubahan dari segi jadula waktu.  Model Tasmik Khatam A-Quran (perkara 3.3) memerlukan sekolah menambah masa persekolahannya.  Bagi sekolah dua sesi, pada masa ini (setelah semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 terlibat dengan j-QAF) maka tempoh masa persekolahan menjadi bertambah panjang.  Sehubungan itu, untuk mengelakkan murid sesi petang balik terlalu lewat terpaksa sekolah tersebut mengawalkan sedikit waktu mula persekolahan sesi pagi.  Mungkin perkara ini tidak disedari banyak pihak kerana j-QAF dilaksanakan secara beransur-ansur.  Hanya sekolah dua sesi yang akan mengalami masalah kekurangan bilik darjah akan mengalami masalah Seharusnya telah ada SPI baru dikeluarkan membantu membaiki keadaan 



20.2.13

Pentaksiran Berasaskan Sekolah: Band Berapa?

Setelah memasuki tahun ketiga Pentaksiran Berasaskan Sekolah diperkenalkan, kini masyarakat semakin biasa dengan penggunaan istilah band.  Penguasaan murid terhadap kurikulum kini diwakili oleh band.  Band 6 adalah yang terbaik sementara band 1 pula adalah yang terendah.  Sudah pasti guru dan ibubapa akan berbangga andainya anak murid atau anak mereka memperolehi band 6 dalam sesuatu mata pelajaran.  Kini ibubapa boleh mengetahui pencapaian anak mereka dengan melihat slip Laporan Bersepadu Sumatif (Pencapaian Murid) yang menunjukkan band pencapaian anak mereka bagi setiap mata pelajaran yang diambil.  Selain slip ini menunjukkan band, ia juga turut memberikan laporan pencapaian bagi setiap mata pelajaran dalam bentuk deskriptif.  Laporan ini dijana secara automatik oleh aplikasi dalam talian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).  Guru kelas akan mencetak slip keputusan ini pada penghujung tahun dan diserahkan kepada ibubapa sewaktu sesi pertemuan dengan ibubapa. 

Namun mari kita lihat sama ada kita benar-benar memahami tentang band.  Berdasarkan senario berikut, cuba beri jawapan:
  1. Persekolahan sudah memasuki bulan April, pengetua di sebuah sekolah ternama memaklumkan bahawa hampir 80% pelajarnya telah mencapai band 6 dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
  2. Persekolahan sudah memasuki bulan 9, Guru Besar di sekolah kecil memaklumkan bahawa masih belum ada lagi muridnya yang mendapat band 1 dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Seandainya perancangan dan proses PdP di kedua-dua sekolah ini adalah normal, situasi manakah yang lebih boleh dipercayai?  Mengapa?