Majilis Guru Besar (MGB) Sepang dianggotai oleh 24 orang Guru Besar (GB) Sekolah Kebangsaan (SK), 7 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 8 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Ini bermakna MGB terbahagi kepada 3 iaitu MGB SK, MGB SJKC dan MGB SJKT. Namun ketiga-tiganya bergabung di bawah satu bumbung MGB Sepang yang mana secara automatiknya ia diketuai oleh Pengerusi MGB SK dan dibantu oleh dua orang Naib Pengerusi iaitu Pengerusi MGB SJKC dan Pengerusi MGB SJKT.
19.8.11
PBS KSSR Pendidikan Khas
PBS yang telah disesuaikan dengan murid berkeperluan khas, dokumen standard prestasi berdasarkan KSSR Pendidikan Khas telah dibina untuk digunakan sebagai pentaksiran sekolah bagi Tahun 1 dan Tahun 2. Penataran sokumen tersebut telah diberikan kepada Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK) pada 6-10 Jun 2011 oleh Lembaga Peperiksaan dan Bahagian Pembangunan Kurikulum.
PBS Murid Berkeperluan Khas
PBS yang telah disesuaikan dengan murid berkeperluan khas, dokumen standard prestasi berdasarkan KSSR Pendidikan Khas telah dibina untuk digunakan sebagai pentaksiran sekolah bagi Tahun 1 dan Tahun 2. Penataran dokumen tersebut telah diberikan kepada Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK) pada 6-10 Jun 2011 oleh Lembaga Peperiksaan dan Bahagian Pembangunan Kurikulum.
6.8.11
Bengkel Pentaksiran Berasaskan Sekolah KSSR
Bengkel ini dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Sepang di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Seramai 56 peserta telah menghadiri bengkel ini yang datangnya dari sekolah-sekolah daerah Sepang dan Putrajaya.
Peserta yang datangnya dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil terbukti begitu bermotivasi untuk memahami, menghayati dan melaksanakan tanggungjawab mendidik generasi KSSR. Kesungguhan ini bukan sahaja datangnya dari guru mata pelajaran malah terdapat Guru Besar dan Penolong Kanan yang hadir sama.
Terima kasih kepada semua fasilitator dan ahli jawatan kuasa yang hadir membantu menjayakan bengkel ini secara sukarela.
Klik di sini untuk mendapatkan bahan. Masih ada bahan yang belum dimuat naik, harap besrsabar.

20.7.11
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Dalam Talian
SAPS telahpun menjadi ahli keluarga baru komponen portal NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia menyertai LINUS, SKPM, SBT dan SIP.
Semua sekolah wajib memastikan sistem ini diisikan data guru dan murid sebelum ia boleh digunakan. Data murid perlu diimport dari Sistem Maklumat Murid sementara data guru pula telahpun dihubungkan dengan EMIS. Namun begitu, pihak sekolah perlu memastikan semua guru terbabit membuat akaun masing-masing.
Pihak sekolah perlu menetapkan siapa yang akan menjadi pentadbir kepada SAPS ini. Peranan ini dinamakan sebagai Setiausaha Peperiksaan dan dia menjadi nadi penting untuk memastikan sistem ini dilaksanakan di sekolah. Dia juga perlu membimbing guru dan membuat penetapan dalam banyak perkara yang berkaitan dengan sistem ini.
Untuk mengelakkan daripada setiap guru mempunyai terlalu banyak User ID dalam pelbagai aplikasi yang digunapakai oleh Kementerian, dicadangkan agar kita menggunakan No. Kad Pengenalan masing-masing. Gunakan ini dalam semua aplikasi lain agar masalah keliru dan lupa akan User ID ini dapat dikurangkan.
11.7.11
Sokongan Permohonan PPGK
Semua guru besar diminta membuat proses sokongan permohonan guru dari sekolah masing-masing yang memohon Program Pensiswazahan Guru Khas. tarikh tutup sokongan ialah esok, 12 Julai 2011. Sila klik di sini untuk masuk ke modul sokongan tersebut. Sila hubungi JPN/PPD masing-masing untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan. (tel saya pun boleh)
Proses Sokongan bagi permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Khas 2011
PROSES SOKONGAN bagi permohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Khas 2011 DIBUKA dari 6 hingga 12 Julai 2011. Hanya ketua jabatan di tempat bertugas pemohon PPG ambilan Khas ini sahaja yang dibenarkan menyokong. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Pendidikan Guru (BPG) di 03-88841269 / 1166 / 1323 /1271 / 1272 / 1270.
Muat turun Syarat
Muat turun Panduan Sokongan

5.7.11
Majlis Pelancaran Buku Panduan dan Peraturan PBS
Majlis Pelancaran Buku Panduan dan Peraturan PBS akan disempurna oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi pada hari Jumaat 8 Julai 2011jam 8.00 pagi. Semua Guru Besar dan Pengetua dijemput hadir dan digalakkan hadir dengan berkongsi kereta. Jemputan diminta berbaju Melayu.
Bersempena majlis pelancaran ini, akan diadakan pameran mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah KSSR. Selain daripada Lembaga Peperiksaan dan Jabatan Pelajaran Negeri, terdapat sebanyak enam buah sekolah terlibat sama. Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana Sepang akan berada di booth no. 6 dengan mempamer mengenai Sistem Pengurusan PBS (online) dan mengenai pandangan dan pendapat ibubapa terhadap sistem pentaksiran yang baru ini.
30.6.11
Subscribe to:
Posts (Atom)