Majilis Guru Besar (MGB) Sepang dianggotai oleh 24 orang Guru Besar (GB) Sekolah Kebangsaan (SK), 7 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 8 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Ini bermakna MGB terbahagi kepada 3 iaitu MGB SK, MGB SJKC dan MGB SJKT. Namun ketiga-tiganya bergabung di bawah satu bumbung MGB Sepang yang mana secara automatiknya ia diketuai oleh Pengerusi MGB SK dan dibantu oleh dua orang Naib Pengerusi iaitu Pengerusi MGB SJKC dan Pengerusi MGB SJKT.
9.4.14
Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Pengarah 2014
- Peratus Murid Tahap 1 menguasai Kemahiran Literasi dan Numerasi:
Tahun Literasi Numerasi 1 90.00% 90.00% 2 97.00% 97.00% 3 100% 100%
- Peratus Murid Tahun 1 dan 2 menguasai Literasi Bahasa Inggeris:
Saringan Tahun Peratus 2 1 70.00% 2 2 87.00%
- Kedatangan Murid ke sekolah 95.00%
- Penurunan peratus salah laku murid 0.02%
- Peratus pencapaian kemenangan dalam pertandingan sukan MSSM 83.00% dan kokurikulum 81.00% di peringkat kebangsaan
- Bilangan sekolah dalam Band 6 dan Band 7 - 1 buah
- Bilangan sekolah dalam banda 1 dan Band 2 - 270 buah
Konvensyen Guru Besar Sekolah Kebangsaan Negeri Selangor
MGB Selangor akan menganjurkan konvensyen pada 6 hingga 8 Mei 2014 di Hotel Flamingo. Dijangka lebih daripada 500 peserta akan hadir. Pada tahun ini MGB Hulu Selangor menjadi penganjur.
- Guru Besar hendaklah sahkan kehadiran lebih awal
- Guru Besar yang tidak dapat hadir tidak perlu diganti (kerana ini adalah atas tiket peribadi bukan jawatan)
- Guru Besar yang telah sahkan kehadiran, sekiranya tidak hadir maka caj akan dikenakan ke atas MGB Daerah.
- Tentukan rakan sebilik
- Senarai jangkaan kehadiran dan pasangan bilik hendaklah diserahkan kepada urus setia selewat-lewatnya pada .....
- masa hadir ke konvensyen, semua peserta pukul 4 petang terus masuk ke Dewan Konvensyen. Semua pendaftaran di sini. Anak kunci dan beg akan terima untuk daerahnya.
- Maklumkan siapa yang sebenarnya jadi perwakilan
- 6hb yan ambil beg
- Noh Omar berhajat hdir sama - kena beri ruang berucap. Makan malam pukul 8-9 ada ucapan YDP, pengarah dan dato noh. pukul 9 kena habis makan malam terus pertandingan karaoke.
- pedaftaran 2 - 4 di depan dewan. Ambil nama dan terus masuk dan duduk di baris daerah masing-masing
- 4 taklimat oleh SU - housekeeping
- 5.30 rehat - solat di bilik
- 8 mlm - 11 malam slot 1 -
8.4.14
Bengkel Kerja Pemugaran Kepimpinan Instruksional dan Melindungi Masa Instruksional
Bengkel ini diadakan di Kirkby International College, Cyberjaya bermula pada 8 dan 9 April 2014. Ia dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Sepang dengan pesertanya terdiri daripada semua Guru Besar dan Pengetua sekolah-sekolah di Sepang.
Slot pertama ialah mengenai Pemugaran Kepimpinan Instruksional dan MMI yang disampaiakn oleh Tuan Haji Sailan bin Misran. PAda hari pertama ini terdapat dua bengkel yang dijalankan iaitu Mendefinisikan Misi Sekolah dan Mengurus Kurikulum dan Pengajaran.
Slot pertama ialah mengenai Pemugaran Kepimpinan Instruksional dan MMI yang disampaiakn oleh Tuan Haji Sailan bin Misran. PAda hari pertama ini terdapat dua bengkel yang dijalankan iaitu Mendefinisikan Misi Sekolah dan Mengurus Kurikulum dan Pengajaran.
| Kumpulan 10 - SK Desa Pinggiran Putra, Sk Methodist Sg Pelek, SK Kota Warisan dan SK Jenderam |
6.4.14
HEBAHAN KEPADA PPP GRED DG29, DG32, DG34 DAN DG38 YANG MEMILIKI KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA DAN MEMOHON KEPADA SPP UNTUK DILANTIK SEBAGAI PPP GRED DG41 TETAPI BELUM DIPANGGIL TEMU DUGA ATAU YANG MEMOHON PENGECUALIAN TEMU DUGA DI BAWAH PEK.SPP BIL.1/2013
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 40 Tahun 2013 bertajuk “Penggabungan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma” dilaksanakan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014. Selaras dengan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan tersebut oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), SPP ingin memberi pernyataan berikut:
Sehubungan itu, PPP Gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 yang telah:
- memohon kepada SPP untuk dilantik sebagai PPP Gred DG41 tetapi belum ditemu duga; atau
- memohon pengecualian temu duga di bawah Pekeliling SPP Bilangan 1 Tahun 2013
Dipetik dari laman web SPP.
5.4.14
Selamat Bersara Pn. Hajah Siti Amarah Haji Adnan
Tanggal 3 April 2014 (Khamis) yang lalu telah berlangsung majlis persaraan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti Puan Hajah Siti Amarah bt. Adnan. Beliau yang genap berusia 58 tahun pada 4 April 2014 dirai dalam majlis yang bertemakan zaman kesultanan Melayu.
![]() |
| Yang dirai mencatat di Buku Pelawat |
![]() |
| Bersama YDP PIBG SK Pulau Meranti |
![]() |
| Kunjungan prapersaraan oleh Hajah Rohaidah Mohd. Ali |
![]() |
| Kunjungan prapersaraan oleh Sukimin bin Juki |
4.4.14
Sumbangan MGB Selangor untuk Sambutan Hari Guru Negeri Selangor
Majlis Guru Besar Selangor telah menyumbangkan RM35,000 kepada Jawatan Kuasa Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri. Cek disampaikan oleh Pengerusi MGB Sepang En. Sukimin bin Juki bagi pihak MGB Selangor kepada Pegawai Pendidikan Daerah Sepang Tuan Haji Mat Jah bin Roslan. Semoga sambutan pada tahun ini berjalan lancar dan mampu terus menjulang profesion keguruan.
Subscribe to:
Posts (Atom)














