Jangan lupa untuk menggantung banner Program Sekolah Selamat di sekolah masing-masing seperti yang diarahkan oleh PPD dalam Mesyuarat Kurikulum 1/2011 pada 17 Januari 2011 di SK KLIA. Antara elemen wajib yang perlu ada dalam banner tersebut ialah gambar pengarah, logo 1Malaysia dan slogan "Bersama Kita Membina Sekolah Selamat dan Ceria"
Majilis Guru Besar (MGB) Sepang dianggotai oleh 24 orang Guru Besar (GB) Sekolah Kebangsaan (SK), 7 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 8 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Ini bermakna MGB terbahagi kepada 3 iaitu MGB SK, MGB SJKC dan MGB SJKT. Namun ketiga-tiganya bergabung di bawah satu bumbung MGB Sepang yang mana secara automatiknya ia diketuai oleh Pengerusi MGB SK dan dibantu oleh dua orang Naib Pengerusi iaitu Pengerusi MGB SJKC dan Pengerusi MGB SJKT.
8.3.11
24.2.11
Standard 4 Pembelajaran dan Pembelajaran
Standard ini adalah berkaitan dengan proses pencerapan guru. Dalam standard ini, terdapat 12 aspek yang dinilai dan setiap satunya ditunjukkan kriteria kritikalnya. Skor setiap aspek ini adalah dari 1 hingga 6.
Peratus Pencapaian Taraf Pencapaian:
0% - SANGAT LEMAH
20% - LEMAH
40% - MEMUASKAN
60% - HARAPAN
80% - BAIK
90% - CEMERLANG
- Penglibatan murid - Penglibatan aktif murid membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan.
- Penguasaan Pembelajaran Murid - Penguasaan pembelajaran murid selaras dengan objektif yang ditetapkan.
- Hasil Kerja Murid - Hasil kerja murid yang berkualiti dapat mengukuhkan pembelajaran.
- Perancangan dan Persediaan Guru - Perancangan dan persediaan yang rapi meningkatkan keberkesanan pengajaran.
- Kaedah Penyampaian - Kaedah penyampaian yang sesuai meningkatkan pencapaian objektif pelajaran.
- Kemahiran Komunikasi - Komunikasi berkesan memudahkan pemahaman dan menggalakkan pembelajaran murid.
- Penggunaan Sumber Pendidikan - Penggunaan sumber pendidikan yang berkesan membantu mengukuhkan pembelajaran murid.
- Penilaian - Penilaian yang berterusan meningkatkan keberkesanan P&P.
- Teknik Penyoalan - Teknik penyoalan yang berkesan meningkatkan pemahaman murid.
- Penguasaan Isi Kandungan - Penguasaan isi kandungan yang mendalam membolehkan pelajaran disampaikan dengan yakin, jelas dan tepat.
- Pengurusan Kelas (Bilik Darjah/ Makmal/ Bengkel/ Padang) - Pengurusan kelas yang cekap mewujudkan suasana yang kondusif untuk meningkatkan keberkesanan P&P.
- Amalan Profesionalisme Keguruan - Pematuhan etika kerja dan amalan nilai yang positif mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru.
0% - SANGAT LEMAH
20% - LEMAH
40% - MEMUASKAN
60% - HARAPAN
80% - BAIK
90% - CEMERLANG
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia SKPM 2010
Sejajar dengan matlamat untuk mewujudkan negara yang mencapai kualiti pendidikan bertaraf dunia, sistem pendidikan negara perlu mempunyai satu standard kualiti pendidikan yang jelas dan komprehensif. Untuk mengukur dan menilai sejauh mana standard tersebut telah dicapai oleh pemimpin sekolah dan guru, maka satu instrumen pengukuran yang mesra pelanggan dan lebih berobjektif diperlukan. Sehubungan itu maka SKPM 2010 telah diperkenalkan bagi menggantikan SKPM-Sekolah dengan harapan ia dapat membantu melonjakkan kualiti pendidikan memandangkan ia lebih menekankan fungsi proses yang berfokus kepada impak ke atas pencapaian kemenjadian murid.
Berdasarkan Model Sekolah Berkesan dan Model Penaziran Kemenjadian Murid serta teori dan model lain, maka SKPM 2010 dihasilkan dengan terdiri daripada lima standard iaitu:
- Kepimpinan dan Hala Tuju
- Pengurusan Organisasi
- Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Sukan, dan Hal Ehwal Murid
- Pembelajaran dan Pengajaran
- Kemenjadian Murid
Kelima-lima standard ini digunakan untuk mengukur tahap kecemerlangan sekolah dengan wajaran setiap satunya yang berbeza-beza. Peratusan wajaran bagi Standard 5 iaitu Kemenjadian Murid adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 35%. Ini diikuti dengan Standard 3 dan 4 yang masing-masing 20%. Sementara Standard 2 bagi Pengurusan Organisasi diperuntukkan sebanyak 15% dan akhirnya Standard 1 pula hanya 10%.
NKRA dan KPI Kementerian Pelajaran Malaysia
Terdapat 6 bidang dalam Bidang Keberhasilan Utama Nasional atau National Key Result Area (NKRA) dan bidang ketiga adalah berkaitan dengan pendidikan iaitu Meluaskan akses kepada pendidikan kualiti dan berkemampuan. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran telah memfokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:
- Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.
- Literasi dan Numerasi (LINUS) - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.
- Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.
- New Deal/Bai'ah - akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan performance based assessment mulai tahun 2010.
- Nisbah Guru:Murid mengikut sasaran tahun semasa ( Sekolah Menengah 1:17, Sekolah Rendah 1:16)
- Penurunan kes disiplin sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.
- Peratus peningkatan sebanyak 1.0 % setahun bagi kadar pencapaian murid dalam Kelas Intervensi Awal (KIA2M).
- Pencapaian pelajar berdasarkan Gred Purata Nasional pada peringkat UPSR (GPN=3.00), PMR (GPN=3.50), dan SPM (GPN = 6.00).
- Peningkatan 2 % Guru Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di sekolah menengah.
- Penurunan peratus jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar (UPSR - 0.3%, PMR - 0.3%, dan SPM - 0.2%)
23.2.11
Buku Teks English Tahun 1 Sekolah Kebangsaan
Dewan Bahasa dan Pustaka akan mencetak semula English Year 1 SK Textbook cetakan kedua bagi menggantikan cetakan pertama. Ia dijangka akan mula dibekalkan ke semua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan yang menerima SPBT, KPM mulai bulan Mac 2011.
Buku cetakan pertama masih boleh digunakan untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran sementara menanti bekalan cetakan kedua.
- Bahagian Buku Teks, KPM (KP.BT.9266/1(37)
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia SKPM 2010
Mulai tahun 2011, pelaksanaan Penarafan Kendiri Sekolah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (PKS-SKPM) dan penilaian Tawaran Baru (Baiah/New Deal) akan dibuat menggunakan instrumen SKPM versi terbaru iaitu SKPM 2010. Semua sekolah diminta mengemukakan skor PKS-SKPM kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti secara atas talian melalui portal e-penarafan http://www.moe.gov.my/skpm mengikut proses kerja seperti berikut:
- Pengisian skor SKPM-2010 oleh sekolah rendah (1 - 27 Februari 2011)
- Pemantauan skor SKPM-2010 oleh PPD dan JNJK (28 Feb - 5 Mac 2011)
- Penghantaran Pengesahan skor SKPM-2010 oleh sekolah (7 - 11 Mac 2011)
- Pengumuman ranking sekolah rendah (21 Mac 2011)
- menyemak ranking
- mencetak Akad Bai'ah
- menandatangan Akad Bai'ah
- menghantar salinan Akad Bai'ah kepada PPD
14.2.11
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Tahun 1 pada 2011 menjadi kohort pertama yang menggunakan kurikulum baru ini. Kurikulum baru ini menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah bagi menyesuaikan dengan keperluan dan dasar semasa negara. Antara elemen yang disuntik ke dalam KSSR ini ialah pengurangan fokus terhadap peperiksaan, ICT, Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), pemansuhan PPSMI dan Satu Murid Satu Sukan.
Menjalankan pentaksiran kini amat berbeza. Semua subjek diambilkira dan ia dijalankan secara berterusan tanpa ada peperiksaan. Namun begitu UPSR masih lagi dijalankan dengan wajarannya dikurangkan berbanding dengan sewaktu KBSR. Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) menjadi penting dan lebih dominan dalam aspek menilai keseluruhan pencapaian murid-murid.
Keperluan baru masih menjadi
Subscribe to:
Posts (Atom)
