... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

24.2.11

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia SKPM 2010

Sejajar dengan matlamat untuk mewujudkan negara yang mencapai kualiti pendidikan bertaraf dunia, sistem pendidikan negara perlu mempunyai satu standard kualiti pendidikan yang jelas dan komprehensif.  Untuk mengukur dan menilai sejauh mana standard tersebut telah dicapai oleh pemimpin sekolah dan guru, maka satu instrumen pengukuran yang mesra pelanggan dan lebih berobjektif diperlukan. Sehubungan itu maka SKPM 2010 telah diperkenalkan bagi menggantikan SKPM-Sekolah dengan harapan ia dapat membantu melonjakkan kualiti pendidikan memandangkan ia lebih menekankan fungsi proses yang berfokus kepada impak ke atas pencapaian kemenjadian murid.

Berdasarkan Model Sekolah Berkesan dan Model Penaziran Kemenjadian Murid serta teori dan model lain, maka SKPM 2010 dihasilkan dengan terdiri daripada lima standard iaitu:
  1. Kepimpinan dan Hala Tuju
  2. Pengurusan Organisasi
  3. Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Sukan, dan Hal Ehwal Murid
  4. Pembelajaran dan Pengajaran
  5. Kemenjadian Murid
Kelima-lima standard ini digunakan untuk mengukur tahap kecemerlangan sekolah dengan wajaran setiap satunya yang berbeza-beza.  Peratusan wajaran bagi Standard 5 iaitu Kemenjadian Murid adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 35%.  Ini diikuti dengan Standard 3 dan 4 yang masing-masing 20%. Sementara Standard 2 bagi Pengurusan Organisasi diperuntukkan sebanyak 15% dan akhirnya Standard 1 pula hanya 10%.

No comments:

Post a Comment