Mulai tahun 2011, pelaksanaan Penarafan Kendiri Sekolah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (PKS-SKPM) dan penilaian Tawaran Baru (Baiah/New Deal) akan dibuat menggunakan instrumen SKPM versi terbaru iaitu SKPM 2010. Semua sekolah diminta mengemukakan skor PKS-SKPM kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti secara atas talian melalui portal e-penarafan
http://www.moe.gov.my/skpm mengikut proses kerja seperti berikut:
- Pengisian skor SKPM-2010 oleh sekolah rendah (1 - 27 Februari 2011)
- Pemantauan skor SKPM-2010 oleh PPD dan JNJK (28 Feb - 5 Mac 2011)
- Penghantaran Pengesahan skor SKPM-2010 oleh sekolah (7 - 11 Mac 2011)
- Pengumuman ranking sekolah rendah (21 Mac 2011)
Pada 21 hingga 25 Mac 2011 pihak sekolah perlu melakukan perkara berikut di
http:///www.moe.gov.my/nkra:
- menyemak ranking
- mencetak Akad Bai'ah
- menandatangan Akad Bai'ah
- menghantar salinan Akad Bai'ah kepada PPD
No comments:
Post a Comment