9.22 Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan sebarang instalasi (installation) perisian ICT yang berlesen sahaja dibenarkan untuk kegunaan Jabatan. Sebarang instalasi perisian yang tidak berlesen atau cetak rompak adalah dilarang.
Pembangunan Sistem Aplikasi
9.23 Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan sebarang pembangunan sistem aplikasi (legacy) yang menyokong urusan Jabatan menggunaka pakai kod-kod yang standard di bawah Data Dictionary Sektor Awam (DDSA) mengikut peraturan yang berkuatkuasa.
9.24 Bagi pelaksanaan perkongsian pintar dalam bidang ICT, Ketua-ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan sebarang sistem aplikasi generik yang boleh dikongsi dengan jabatan-jabatan lain didaftarkan kepada pihak MAMPU melalui Sistem Repositori Aplikasi Perkongsian Pintar (RAPP). Tindakan ini hendaklah merujuk kepada peraturan semasa yang berkuatkuasa.
9.25 Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan sebarang sistem aplikasi yang dibangunkan oleh jabatan perlu disertakan dengan dokumentasi sistem (sistem spresifikasi, manual pengoperasian dan manual pengguna) dan melaksanakan penduaan (backup) bagi pangkalan data dan kod pengaturcaraan sistem.
- Panduan Pengurusan Pejabat , Bahagian IX Pengurusan Komunikasi dan Teknologi Maklumat
No comments:
Post a Comment