... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

9.5.11

Perkembangan Guru

Teori Perkembangan Guru Berliner (1988) telah mengemukakan model lima peringkat perkembangan guru yang memberi fokus terhadap pemikiran guru berdasarkan tingkah laku guru dalam bilik darjah.  Berliner (1995) mentafsir perkembangan guru sebagai “satu proses menuju ke arah pembentukan guru untuk mencapai tahap kepakaran dan kecemerlangan". 

Peringkat 1 – Peringkat permulaan atau novice 
Guru novis mempelajari fakta dan menimba pengalaman serta diajar peraturan umum yang dikatakan sesuai untuk semua konteks; 

Peringkat 2 – Peringkat lebih maju atau advanced beginner 
Guru yang mempunyai pengalaman mengajar selama dua atau tiga tahun. Pengalaman dan konteks masalah mula membimbangi dan mempengaruhi tingkah laku guru; 

Peringkat 3 – Peringkat cekap atau competent 
Guru mampu membuat pilihan secara sedar tentang tindakan, membuat keutamaan dan membuat perancangan. Berdasarkan pengalaman yang diperoleh, guru menjadi lebih peka terhadap perkara yang penting atau remeh. Namun kemahiran mengajar masih lagi tidak fleksibel; 

Peringkat 4 – Peringkat mahir atau proficient 
Terdiri daripada guru yang berpengalaman mengajar selama lima tahun. Guru boleh mengesan maklumat yang wujud dalam semua konteks dan situasi serta mampu membuat ramalan tentang sesuatu kejadian dengan cepat; 

Peringkat 5 – Peringkat pakar atau expert 
Bukan semua guru mampu untuk mencapai tahap ini. Pengajaran guru adalah lancar dan segala tugas dapat dilaksanakan dengan mudah. 




No comments:

Post a Comment