Majilis Guru Besar (MGB) Sepang dianggotai oleh 24 orang Guru Besar (GB) Sekolah Kebangsaan (SK), 7 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 8 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Ini bermakna MGB terbahagi kepada 3 iaitu MGB SK, MGB SJKC dan MGB SJKT. Namun ketiga-tiganya bergabung di bawah satu bumbung MGB Sepang yang mana secara automatiknya ia diketuai oleh Pengerusi MGB SK dan dibantu oleh dua orang Naib Pengerusi iaitu Pengerusi MGB SJKC dan Pengerusi MGB SJKT.
16.4.15
Mesyuarat JK Pelaksana 1 Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Sepang
Mesyuarat telah diadakan di Bilik Gemilang Puri, PPD Sepang hari ini 16.4.15.
Sambutan akan diadakan pada hari Sabtu 23.5.15 di Sekolah Seri Puteri. Ia dijangka akan dirasmikan okeh Yang Berhormat Dato Seri Noh Omar, Ahli Parlimen Tanjung Karang.
Berbentuk karnival ia juga menampilkan aktiviti senamrobik di kalangan guru-guru. Guru yang terlibat diminta berpakaian seragam sekolah masing-masing. Selain itu juga akan diadakan pameran dan sukaneka.
Terdapat majlis khas dalam dewan. Setiap mereka yang terlibat akan menerima kupon makan yang boleh digunakan di gerai-gerai.
Dewan hanya terdapat kerusi tanpa meja bagi memaksimumkan kapasiti muatannya hingga seribu orang.

10.4.15
Bengkel MERKUR1 2015: Memperkasa Kepimpinan Organisasi
![]() |
| Pengarah Pendidikan Selangor, En. Zainuren Hj Mohd Nor |
| Gambar kenang-kenangan semua Guru Besar Sepang bersama Pengarah Pendidikan Selangor |
| En. Sukimin Juki Pengerusi MGB Sepang memyampaikan kata alu-aluan |
| Cenderamata buat Pengarah |
Bengkel MERKUR1: Memperkasa Peranan Guru Besar Dalam Merealisasikan PPPM anjuran MGB Sepang telah diadakan di Bukit Gambang Resort City pada 8-10 April 2015. Selain daripada dipenuhi dengan bengkel dan taklimat, mesyuarat agung tahunan MGB Sepang juga turut diselitkan. Pada kali ini terdapat pemilihan AJK baru bagi tahun 2015/2016.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, En. Zainuren Hj Mohd Nor. Sebagaimana amalan biasa beliau, sebelum merasmikan sesuatu majlis tuan pengarah akan memberi pengisian. MGB Sepang pada kali ini amat bertuah kerana pengisian 2 jam beliau pada kali ini dengan tajuk "Memperkasa Kepimpinan Organisasi" amat terkesan. Dengan gaya penyampaian yang bersahaja beliau mengadunkan teori, huraian dan contoh amalan yang beliau sendiri pernah lakukan sewaktu menjawat jawatan guru, Pengetua, PPD dan Timbalan Pengarah.

8.4.15
2.4.15
Muat Turun Bahan Konvensyen Pendidikan MGB Selangor Kali Ke-4
Muat Turun kesemua bahan berikut di sini.
- Leadership Qualities - En. Zainuren Md Nor (Pengarah Pendidikan Selangor)
- Rahsia Kecemerlangan Sekolah SK Bukit Jelutong, Shah Alam - Datin Hajah Ramlah Asmuri
- Haji Suhaimi Haji Ramli (SK Seri Makmur)
- Kemahiran Berfikir Aras Tinggi - En. Abd. Aziz Wahab (JNJK)
- Lagu Negaraku
- Lagu Negeri Selangor
Sent from my iPhone
Subscribe to:
Posts (Atom)