... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

20.1.16

Majlis Persaraan GB SJKT Dengkil, En. M.Tamilsekaran

Pada 20 Januari 2016 telah berlangsung majlis persaraan En. M.Tamilsekaran, Guru Besar SJK (T) Dengkil. Majlis dihadiri oleh YB Shahrum Hj Mohd Sharif, Tn PPD Seoang Haji Khairi Bidin, En. Daniel Amaldas yang mewakili Pengarah Pendidikan.

En. Tamil telah berkhidmat sebagai guru selama hampir 42 tahun dengan memulakan perkhidmatannya sewaktu berusia 18 tahun.  Esok 21 Januari 2016 merupakan ulang tahun kelahiran beliau yang ke-60.
YB Shahrum, ADUN Dengkil turut hadir
Ucapan PPD Sepang, Tuan Haji Khairi Bidin
Antara mereka yang turut hadirir.  Yang bersari hijau dan kunig emas ialah isteri yang dirai
En. Sukimin dan En. Wong (Bendahari)
Persembahan tarian murid
Ucapan dari wakil Pengarah En. Daniel

10.12.15

Mesyuarat Penyelarasan Sekolah PPD Sepang Bil 3/2015

Kali pertama Tn Hj Khairi bin Bidin mempengerusi mesyuarat bersama Guru Besar dan Pengetua. Mesyuarat berlangsung di Bilik Gemilang Puri, 10 Disember 2015

7.12.15

Mesyuarat Penyelarasan Sekolah-sekolah Daerah Sepang 3/2015

Mesyuarat Penyelarasan Sekolah-sekolah Daerah Sepang 3/2015 akan diadakan pada 10 Disember 2015. Ini merupakan kali pertama para Guru Besar dan Pengetua daerah Sepang bermesyuarat dengan PPD yang baharu tuan Haji Khairi bin Bidin.  Semoga mesyuarat berjalan lancar dan Sepang semakin maju di bawah kepimpinan beliau.


2.11.15

Selamat Datang Ke Daerah Sepang

Tn. Hj. Khairi bin Bidin

MGB Sepang mengucapkan selamat datang kepada Tn. Haji Khairi bin Bidin yang menggantikan Tn. Hj. Mat Jah bin Roslan selaku Pegawai Pendidikan Daerah Sepang.  Semoga kehadiran beliau menyemarakkan lagi semangat dan kejayaan warga Sepang.

25.10.15

Persekolahan Seperti Biasa Isnin 26 Oktober 2015

Esok semua sekolah di seluruh negara berjalan seperti biasa.

24.10.15

Alhamdulillah! Punca Kuasa Yang Dinanti Akhirnya Tiba

Pada tahun 2015, setakat ini terdapat dua perkara yang menyebabkan sekolah keliru tentang bilangan hari persekolahan yang telah mereka lalui. Perkara tersebut ialah:
1- cuti pada minggu pertama kerana banjir 2- cuti yang diberikan akibat jerebu.

Menurut Peraturan Pendidikan 1998, setiap sekolah wajib bersekolah sekurang-kurangnya 190 hari dalam setahun kalender persekolahan. Dalam peraturan ini, ia menggunakan istilah Hari Sekolah yang jelas berbeza dengan hari bekerja. 

6. Hari sekolah. 
  1. Hari sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah tidak kurang daripada satu ratus sembilan puluh hari. 
  2. Guru besar atau pengetua hendaklah mengadakan hari ganti jika dia mendapati bahawa hari sekolah bagi sekolahnya adalah kurang
Berdasarkan surat pemakluman yang dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, ia dengan jelas menyatakan "Walaupun sekolah ditutup pada hari yang berkaitan, namun hari tersebut masih dikira sebagai hari bekerja/hari persekolahan dan tidak perlu diganti." Maka dengan sendirinya semua cuti sekolah yang diberikan bersempena dengan bencana jerebu ini:
  1. dikira sebagai hari sekolah. 
  2. tidak perlu diganti (ini berikutan dalam Peraturan 10 (2) terdapat arahan ".... dan hari yang sekolah itu ditutup hendaklah diganti dengan hari yang lain."


Setelah sekian lama kekaburan di pihak sekolah mengenai bilangan hari persekolahan yang telah dilalui masing-masing

4.10.15

Sekolah Seluruh Selangor Ditutup Pada 5 & 6 Oktober 2015

Berikutan masalah jerebu yang semakin tebal melanda negara, Menteri Pendidikan telah mengarahkn semua sekolah di beberapa negeri termasuk Selangor ditutup pada 5 dan 6 Disember 2015.
Semua murid, guru, kakitangan bukan guru dan pentadbir terbabit dengan penutupan sekolah ini. Walau bagaimanapun kakitangan swasta Kebersihan Bangunan dan Kawalan Keselamatan berkerja seperti biasa. Cuti ini tidak perlu diganti.