... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

15.5.12

PENGURUSAN JENAZAH (INGAT MATI)



Ingat Mati

Definisi
            Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk ini tidak terlepas dari mati.

Maksud Firman Allah s.w.t :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat."
( Surah Ali Imran ayat 185 )

Kematian akan mengejar ke mana saja kita berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima tempoh.

Maksud Firman Allah s.w.t:
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."
(Surah al-A'raf ayat 34)

Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana saja roh berada.

Maksud Firman Allah s.w.t :
"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh."
(Surah an-Nisaa' ayat 78)


Reaksi Masyarakat

            Kita telah melihat dan akan melihat dua suasana yang berbeza antara satu sama lain dalam menghadapi kematian. Ada yang ngeri lagi takut mereka belum bersedia dengan bekalan yang sewajarnya, terlukis dalam alam khayalannya terbujur kaku tanpa teman, pucat lesi, tidur tidak berbantal dan beralas, takut hantu serba ragam yang bergolak dalam fikiran yang kusut lagi buntu. Manakala satu pihak lain, mereka merasa redha dan menanti kedatangan maut itu dengan senang kerana mereka sudah bersedia dengan amalan yang membawa kesejahteraan dan kenikmatan kepadanya.

Hukum Ingat Mati
·         Walau bagaimanapun keadaan yang bergolak dalam pemikiran manusia. Namun Islam menganjur umatnya (sunat) supaya mengingati mati. Samada cara termenung menggambarkan saat-saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya.

·         Mengingati mati adalah berbeza hukumnya dengan bercita-cita hendak mati, kerana bercita-cita hendak mati yang nekad dengan putus asa, tidak sabar atas penderitaan adalah bukan sifat seorang Islam mukmin dan ditegah oleh syarak ( haram ) kerana nekad sedemikian kadangkala boleh membawa pembunuhan diri.

·         Adapun memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman yang berlaku dan tidak ada jalan bagi menghindarinya adalah diharus dengan secara bersandar, seperti kata doanya, bermaksud :
"Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku"

Hikmah Ingat Mati

            Dengan mengingati mati akan menimbul rasa taqwa yang mendalam untuk menjunjung perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan segala larangannya. Serta bersungguh-sungguh berusaha memperbanyakkan harta kebajikan, dan pelajaran sama ada untuk diri atau keluarganya.
Timbul rasa kasih sayang serta muhabbah sesama manusia, khususnya keluarga, jiran dan masyarakat setempat yang kelak disebut orang dengan kebaikan.
Lahir perasaan tanggungjawab hendak membimbing diri dan keluarganya supaya bersungguh-sungguh beramal dan berbuat kebajikan dalam menuntut keredhaan Allah.

8.5.12

PENGURUSAN JENAZAH


Merupakan satu bidang ilmu yang wajib diketahui oleh setiap individu muslim walaupun ia bersifat fardu kifayah.


            Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada generasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu. 

Sehubungan itu, sebagai pemimpin sekolah wajarlah kita mengetahui dan menyebarkannya di kalangan warga sekolah agar tahu menangani situasi sekiranya berlaku sesuatu kematian.

7.5.12

Pemantauan Dalaman Pelaksanaan PBS di Sekolah Masing-masing


Lembaga Peperiksaan melalui suratnya yang bertarikh 25 Mac 2012 telah meminta semua sekolah menjalankan pemantauan dalaman ke atas pelaksanaan PBS di sekolah masing-masing.  Pemantauan hendaklah menggunakan instrumen yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan dan ditadbir mengikut peraturan pentadbiran pemantauan PBS yang telah ditetapkan.

Sekolah diminta mencetak laporan pemantauan dalam dua salinan.  Salinan pertama disimpan dalam fail induk PBS sementara salinan kedua dihantar ke Sektor Pengurusan Penilaian dan Peperiksaan.

30.4.12

Aplikasi Pangkalan Data Murid


APDM atau Aplikasi Pangkalan Data Murid merupakan aplikasi dalam talian yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  Ia mengandungi maklumat asas murid iaitu Info Murid serta Ibu dan Bapa atau penjaga.


Maklumat asas murid yang dimasukkan ke dalam APDM adalah diambil dari aplikasi SAPS (Murid Tahun 2 hingga Tingkatan 5, 2011) dan SPPBS (Murid Tahun 1, 2011). Ini disebabkan aplikasi ini adalah bebentuk aplikasi atas talian dimana semua nama murid serta maklumat asas sudah ada. Oleh kerana kedua-dua aplikasi ini hanya mempunyai maklumat asas murid tanpa ada maklumat ibu bapa serta penjaga maka maklumat tersebut telah diambil dari aplikasi  SMM (Sistem Maklumat Murid).  Pencatuman ketiga-tiga aplikasi ini menyebabkan beberapa masalah lain wujud iaitu masalah pertembungan ID murid, ibu, bapa serta penjaga yang sangat banyak.Perkara ini menyebabkan Guru Kelas dipohon untuk menyemak semula dari segi kesahihannya. 

Pada peringkat awalnya Guru Kelas diminta memberi tumpuan kepada Info Murid sahaja disebabkan beberapa aplikasi lain sepaerti seperti SAPS dan SPPBS amat memerlukan data ini  dengan segera. Mulai awal April 2012, Guru Kelas telah diminta untuk membuat pengemaskinian Info Ibu, Bapa dan Penjaga sehingga 15 Mei 2012.   Maklumat ibu, bapa atau penjaga misalnya hanya perlu dimasukkan sekali sahaja walaupun dia mempunyai ramai anak yang bersekolah.  Oleh itu andaikan guru kelas tahun 1 sudah memasukkan maklumat bapa murid iaitu POLAN ANAK POLAND (611111-11-5111) ke dalam APDM, maka apabila guru dari kelas anaknya yang lain (sama dari sekolah yang sama atau sekolah lain) hanya perlu memasukkan no kad pengenalannya maka maklumat yang sama akan memaklumkan bahawa maklumat tersebut sudahpun ada dalam pangkalan data APDM.  Apa yang menjadi masalah ialah Ibu, Bapa dan Penjaga yang tidak telus dari segi pengisian data terutama gaji. Jika maklumat gaji sudah diisi oleh guru yang pertama tadi sepatutnya guru yang lain tidak perlu mengisinya. Apa yang menjadi masalah ialah Ibu, Bapa serta penjaga mengisytiharkan gaji yang tidak sama maka apabila guru lain megubahkan gaji tersebut, maka gaji itu akan berubah pada yang terkini.


Mulai 1 Julai, dengan andaian pangkalan data APDM telah lengkap dengan maklumat murid dan ibu/bapa/penjaganya maka KPM akan mengeluarkan aplikasi modul-modul lain yang isi kandungannya diambil dari SSM juga seperti modul bantuan (KWAMP dan RMT), modul SPBT dan beberapa lagi modul yang terdapat dalam SMM.  Pada masa itu, guru AJK modul tersebut (kalau modul RMT maka AJK RMT sekolah) perlu menyemak kesahihan maklumat di dalam modul tersebut. 

Namun demikian, bagi modul penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum Urusetia APDM sedang berbincang dengan bahagian-bahagian yang berkenaan supaya maklumat yang diambil akan mengambil kira keperluan-keperluan bahagian-bahagian berkenaan bagi mengelakkan kerja berulang.  Untuk mengelakkan sebarang masalah pengemaskinian ini masih perlu dilakukan untuk kegunaan dalaman atau untuk keperluan-keperluan lain.Pada masa yang akan datang apabila modul secara atas talian sudah boleh digunakan Guru yang bertanggungjawab memasukkan penglibatan murid ke dalam modul ini ialah guru kokurikulum itu sendiri.


Secara ringkasnya kini tugas mengemaskinikan data murid tidak lagi terbeban sepenuhnya pada guru kelas.  Guru kelas hanya bertanggungjawab terhadap maklumat asas murid dan ibu/bapa/penjaganya saja.   Tugas menyemak dan mengemaskinikan maklumat2 lain diagih-agihkan kepada guru yang menganggotai sesuatu AJK (spt. RMT, SPBT, Bolasepak, Pengakap dsb).  maklumat ini hanya perlu dimasukkan sekali sahaja.

2.3.12

SISTEM PERGERAKAN STAF Jabatan Pelajaran Selangor

Mulai Mac, semua Pengetua dan Guru Besar perlu memasukkan butiran pergerakan masinG-masing ke dalam Sistem Pergerakan Staf. Sila klik di sini untuk ke aplikasi tersebut.

1.3.12

Frog

Why Choose Frog?
Frog is the only learning platform that thinks about how the technology is used and how it engages your entire school. When your entire school is engaged you can achieve anything.

Creativity
Capture the imagination of your students and create engaging and interactive learning resources using your Frog platform. The magic of Frog is hearing the pride in a teacher’s voice when they tell you how they’ve built their own web page that really gets the attention of their students.
Is it possible to build software that makes people feel empowered, a sense of pride and achievement without them investing months or years learning how to program software? We believe the answer is yes.
We can’t claim that everyone that comes into contact with Frog gets this, but a significant enough number of people in each school do, and it turns out that that’s enough to make an impact.

Ownership
Build your learning platform with passion and really make it your own. With access to hundreds of widgets, you do just this by creating your own personal learning areas, and customising your dashboard with the information that matters to you.

SJK (C) Jalan Davidson: Speed Test

test your broadband speed here