... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...
Showing posts with label Takwim. Show all posts
Showing posts with label Takwim. Show all posts

30.5.17

Cuti Sekolah Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telahpun menetapkan tarikh-tarikh cuti seragam untuk semua sekolah seperti dalam jadual di bawah:

20.1.15

TAKWIM PENGGAL DAN CUTI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 BAGI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN


Pada sesi persekolahan 2015 Kementerian Pendidikan telah membuat perubahan dari segi cuti sempena musim perayaan.  Jika dalam tahun-tahun terdahulu, sekolah boleh memohon cuti ganti untuk memanjangkan musim perayaan dan ia diganti pada hari Sabtu.  Namun pada tahun ini setiap sekolah diperuntukkan sebanyak 5 hari CUTI PERAYAAN yang boleh digunakan pada mana-mana perayaan yang bersesuaian dengan sekolah.  5 hari cuti perayaan ini telah dimasukkan dalam takwim persekolahan pada hujung tahun iaitu 16 hingga 20 November 2015.  Ini menjadikan tiada lagi sekolah ganti pada hari Sabtu sebaliknya semuanya dilonggokkan pada minggu penghujung tahun.

Walaupun dalam surat siaran ini Kementerian Pendidikan ada mengemukakan cadangan tarikh untuk Cuti Peristiwa dan Cuti Perayaan namun pihak sekolah masih boleh menggunakan pada hari selain daripada yang dicadangkan tersebut.  Misalnya sekolah di Sabah dan Labuan mungkin mahu Cuti Peristiwa dan Cuti Perayaan sewaktu Perayaan Deepavali yang dicadangkan ini digunakan untuk memanjangkan Cuti Hari Kaamatan (pesta Menuai) yang jatuh pada 30 dan 31 Mei 2015 (Sabu dan Ahad).  Begitu juga mungkin sekolah di Sarawak mahu menggunakannya untuk memanjangkan cuti Perayaan Hari Gawai Dayak yang jatuh pada 1 dan 2 Jun 2015 (Isnin dan Selasa).  

Bagi sekolah-sekolah yang tidak terlibat dengan sesuatu perayaan misalnya Sekolah Agama yang tidak terlibat dengan Deepavali, mereka masih boleh memohon cuti yang dicadangkan ini dengan alasan untuk memudahkan ibubapa dan penjaga yang mungkin ada anak di sekolah biasa lain yang sekolah anaknya itu bercuti sempena Deepavali.  Ini memudahkan untuk keluarga tersebut cuti bersama selain memberi ruang kepada penguasaha bas dan van sekolah turut bercuti.  Namun jika sekolah ini tidak mahu mengambil cuti sempena Deepavali, mereka boleh menggunakan Cuti Perayaan Deepavali ini pada perayaan lain seperti pada Awal Muharram (14 Oktober, Rabu), Nuzul Quran (15 Julai 2015, Selasa) dan sebagainya. Begitu juga dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang mungkin ingin memanjangkan Cuti Sempena Tahun Baru Cinanya dengan mengambil kuota Cuti Perayaan pada Hari Deepavali.

Pihak sekolah perlu membuat permohonan ke Pejabat pendidikan daerah masing-masing lebih awal dan menunggu kelulusan terlebih dahulu sebelum dibenarkan bercuti.






Tarikh-tarikh cadangan cuti perisitiwa dan cuti perayaan 2015

Perayaan Tahun Baru Cina 19 & 20 Februari 2015 (Khamis dan Jumaat)

Perayaan Hari Raya Aidil Fitri 17 & 18 Julai 2015 (Jumaat dan Sabtu)

Perayaan Deepavali 10 November 2015 (Selasa)



9.9.11

Cuti Am Persekutuan dan Negeri Selangor 2012

PERKARA

TARIKH

HARI

* TAHUN BARU

1 JANUARI

AHAD

*TAHUN BARU CINA

23 & 24 JANUARI

ISNIN & SELASA

# MAULIDUR RASUL

5 FEBRUARI

AHAD

#HARI THAIPUSAM

7 FEBRUARI

SELASA

* HARI PEKERJA

1 MEI

SELASA

#HARI WESAK

17 MEI

KHAMIS

* HARI KEPUTERAAN SPBYDA

2 JUN

SABTU

# NUZUL AL QURAN

6 OGOS

ISNIN

*HARI RAYA PUASA

19 & 20 OGOS

AHAD & ISNIN

* HARI KEBANGSAAN KE 54

31 OGOS

JUMAAT

*HARI MALAYSIA

16 SEPTEMBER

AHAD

*HARI RAYA HAJI

26 OKTOBER

JUMAAT

*HARI DEEPAVALI

13 NOVEMBER

SELASA

*MAAL HIJRAH

15 NOVEMBER

KHAMIS

#KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR

11 DISEMBER

SELASA

*HARI KRISMAS

25 DISEMBER

SELASA

7.9.11

Persekolahan Tahun 2012


PENGGAL

CUTI & HARI PERSEKOLAHAN

MULA

AKHIR

BIL HARI

I

Hari Persekolahan

Cuti Pertengahan Penggal

Hari Persekolahan

04.01.2012

10.03.2012

19.03.2012

09.03.2012

18.03.2012

25.05.2012

48

9

50

Cuti Pertengahan Tahun

26.05.2012

10.06.2012

16

II

Hari Persekolahan

Cuti Pertengahan Penggal

Hari Persekolahan

11.06.2012

18.08.2012

27.08.2012

17.08.2012

26.08.2012

09.11.2012

50

9

55

Cuti Akhir Tahun

10.11.2012

01.01.2012

53

Jumlah

290

Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am

203

Jumlah Hari Cuti Penggal

87

18.1.11

Tarikh Peperiksaan Awam Tahun 2011

Rujukan KP.LP.003.04.6(37) bertarikh 21 Disember 2011

UPSR (Bertulis) akan diadakan pada 13, 14 dan 15 September 2011 (Selasa hingga Khamis).

Nota: 16 September 2011 adalah cuti Umum Hari Malaysia