- Peka kepada persekitaran pekerjaannya yang telah berubah
- Tidak pernah berasa puas dengan tahap pencapaian dan keberhasilan kerjanya
- Paradigm breaker, peneroka penyelesaian baharu terhadap isu-isu yang mendatangkan kekusutan dalam pekerjaan dan profesyen.
- Sentiasa belajar, sentiasa berusaha menguasai pengetahuan dan kemahiran baharu, sentiasa mengintai peluang untuk menyertai latihan, sentiasa menyediakan diri untuk memahami dan mencerna idea dan metodologi baharu dalam melaksanakan tugas dantanggungjawab.
Majilis Guru Besar (MGB) Sepang dianggotai oleh 24 orang Guru Besar (GB) Sekolah Kebangsaan (SK), 7 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 8 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Ini bermakna MGB terbahagi kepada 3 iaitu MGB SK, MGB SJKC dan MGB SJKT. Namun ketiga-tiganya bergabung di bawah satu bumbung MGB Sepang yang mana secara automatiknya ia diketuai oleh Pengerusi MGB SK dan dibantu oleh dua orang Naib Pengerusi iaitu Pengerusi MGB SJKC dan Pengerusi MGB SJKT.
22.10.11
Karakter Kaum Profesional: Pendidik dan Pegawai Pendidikan yang Menjuarai Perubahan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment