Pada tanggal 9 Februari hingga 11 Februari 2023 Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Daerah Sepang telah menganjurkan satu Bengkel Profesionalisme Guru Besar yang bertempat di Pangkor Bayview Beach Resort, Pulau Pangkor. Bengkel ini diadakan bagi memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran ahli-ahli persatuan dengan pelbagai aktiviti seperti Perkongsian Amalan Terbaik, Kita Sepasukan dan banyak lagi. Aktivit-aktiviti seperti ini dapat membina dan memperkukuh hubungan dan amalan yang terbaik dalam menjalankan tanggungajawab sebagai PGB di sekolah. Semua perkongsian yang dijalankan diharapkan dapat memberikan nilai tambah kepada sahabat-sahabat sesama ahli persatuan.