Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Cawangan Daerah Sepang telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya pada 11 Februari 2023 bertempat di Pangkor Bayview Resort, Pulau Pangkor, Lumut Perak. Mesyuarat Agung Tahunan ini turut dihadiri oleh Encik Shaiful Bahri, Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah selaku Pegawai Perhubungan PGBM Cawangan Daerah Sepang. Semua sekolah rendah dalam kalangan Sekolah Kebangsaan. SJKC dan SJKT dalam daerah Sepang turut serta bagi melancarkan lagi program tahunan ini. Mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli dengan lebih erat lagi.
Majilis Guru Besar (MGB) Sepang dianggotai oleh 24 orang Guru Besar (GB) Sekolah Kebangsaan (SK), 7 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 8 orang GB Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Ini bermakna MGB terbahagi kepada 3 iaitu MGB SK, MGB SJKC dan MGB SJKT. Namun ketiga-tiganya bergabung di bawah satu bumbung MGB Sepang yang mana secara automatiknya ia diketuai oleh Pengerusi MGB SK dan dibantu oleh dua orang Naib Pengerusi iaitu Pengerusi MGB SJKC dan Pengerusi MGB SJKT.
11.2.23
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN GURU BESAR MALAYSIA CAWANGAN DAERAH SEPANG TAHUN 2023
30.4.22
21.4.22
PERTUKARAN SETARA DAN PELANTIKAN BAHARU PGB
MGB Sepang kehilangan sahabat GB Cemerlang, Encik Hellmy bin Yusof @ Hj Idris, Guru Besar SK Taman Pantai Sepang Putra yang mendapat Arahan Pertukaran ke daerah asal beliau iaitu Daerah Hulu Selangor mulai 21 April 2022. Beliau telah bertukar ke SK Kalumpang di dalam Daerah Hulu Selangor. Kami barisan MGB Sepang mengucapkan selamat maju jaya kepada Encik Hellmy di tempat baharu. Kami juga mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan kepada MGB Daerah Sepang sepanjang berkhidmat di Daerah Sepang
Menerima AP daripada Timbalan PengarahDalam masa yang sama, MGB Sepang mengalu-alukan pelantikan baharu yang mengisi kekosongan di SK Taman Pantai Sepang Putra iaitu Ustaz Mohd Fazli bin Abdul Manaf. Ustaz Mohd Fazli akan memulakan tugas sebagai Guru Besar di SKTPSP bermula pada 21 April 2022. Kami, MGB Sepang mengalu-alukan kehadiran Ustaz Mohd Fazli ke dalam keluarga kecil MGB Sepang. Semoga dengan kehadiran Ustaz dapat memberikan kekuatan kepada MGB Sepang dalam mendepani Era Pendidikan yang penuh mencabar ini.

29.3.22
PELAKSANAAN AKTIVITI SUKAN DAN KOKURIKULUM SECARA BERSEMUKA DALAM KAWASAN SEKOLAH BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PELAKSANAAN AKTIVITI SUKAN DAN KOKURIKULUM SECARA BERSEMUKA DALAM KAWASAN SEKOLAH BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN,KEMUDAHAN &BAYARAN KERANA MENJALANKAN TUGAS RASMI
PENATARAN TADBIR URUS SEKOLAH RENDAH KPM MySG KEPADA SEMUA GURU BESAR DAN GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
Tanggal 29 Mac 2022 bersamaan hari Selasa yang indah telah diadakan satu sesi Penataran Tadbir Urus Sekolah Rendah KPM MySG kepada semua Guru Besar dan Guru Penolong Kanan bagi memberikan pencerahan berkaitan satu pengurusan yang cekap dalam pendidikan di bawah lembayung KPM. Taklimat ini adalah kerjasama antara pihak PPD Sepang dan MGB Sepang bagi membuat suatu reformasi dalam pengurusan pendidikan agar menjadi entiti KPM yang terus cemerlang mengorganisasikan pengurusan di sekolah dengan cekap. Julung kalinya sesi taklimat kali ini dibuat secara Hybrid disebabkan kekangan tempat taklimat tetapi ia bukanlah suatu halangan bagi pihak MGB dan PPD Sepang juga.
Dalam ucaptama tuan KPPD, Tuan Ishak bin Abdullah menekankan bahawa suatu reformasi pendidikan harus dilakukan di peringkat sekolah agar sebuah organisasi sistematik terbentuk dan sistem pentadbiran dan pengurusan dalam berjalan dengan dinamika yang unggul. Penceramah jemputan pada pagi ini merupakan seorang yang sangat arif berkaitan MySG ini iaitu Encik Sukimin bin Juki. Beliau merupakan fasilitator dalam menyiapkan buku MySG ini. Peserta taklimat telah menerima input yang sangat berguna dan bermanfaat sepanjang taklimat dijalankan.
Pihak MGB melalui Pengerusi MGB Sepang, Puan Norlaili binti Mohd Noor berharap dengan sesi taklimat kali ini dapat memberikan pencerahan kepada semua barisan pentadbir di peringkat sekolah agar dapat berjalan dengan sistematik dan mempunyai hala tuju yang sama antara semua sekolah di bawah lembayung KPM.




.jpg)




.jpg)


.jpg)


