... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

27.1.21

As salam dan selamat sejahtera,
Dipohon semua guru besar dan guru memahami intipati penjelasan daripada facebook Menteri Pendidikan YBMK DrvRadzi Jidin ini berkaitan PdPR.

Dr Radzi Jidin
https://www.facebook.com/1560866277543941/posts/2581409692156256/?d=n
Apabila PKP dilaksana buat pertama kali pada 18 Mac 2020, sesi persekolahan dijalankan dengan kaedah yang cukup berbeza daripada sebelumnya. Pada waktu itu KPM telah memutuskan supaya Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dilaksanakan melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
KPM memahami bahawa murid-murid di seluruh negara merangkumi pelbagai latar belakang sosioekonomi. Setiap guru juga berdepan dengan situasi dan cabaran yang berbeza. Oleh itu, sejak kali pertama PdPR dilaksanakan, KPM sentiasa menekankan bahawa kaedah PdPR yang ingin digunakan mestilah mengambil kira kesesuaian guru dan murid.
Sepertimana yang dijelaskan dalam Manual PdPR KPM, PdPR tidak terhad kepada kaedah dalam talian. Guru boleh menetapkan pelbagai kaedah PdPR luar talian yang bersesuaian untuk murid mereka.
Antara kaedah luar talian yang digunakan ialah penyerahan modul pembelajaran atau latihan kepada murid. Murid akan melaksanakan PdPR dengan menyiapkan modul yang diberikan dan menghantar semula kepada guru untuk diperiksa. Kemudian, guru akan menyerahkan modul yang berikutnya.
Modul diserahkan kepada murid melalui pelbagai pendekatan. Ada sekolah yang menggunakan kaedah pandu lalu untuk penyerahan modul. Ramai juga guru yang menghantar sendiri modul ke rumah murid. Bahkan, saya dimaklumkan guru SMK Pulau Gaya menaiki bot untuk menghantar bahan pembelajaran kepada murid mereka.
Sama ada secara dalam talian mahupun di luar talian, kesungguhan guru untuk menyampaikan ilmu kepada anak didik tiada tolok bandingnya. Terima kasih, Cikgu!
Kepada ibu bapa, kami mengucapkan setinggi penghargaan atas sokongan dan dokongan yang diberikan kepada guru sepanjang tempoh yang mencabar ini.
Pandemik COVID-19 yang muncul tanpa diduga telah memberi kesan mendalam kepada sektor pendidikan di seluruh dunia. Walau apa pun cabaran, KPM akan terus berusaha gigih untuk memberikan yang terbaik kepada generasi pewaris negara.
Kami tidak sempurna tetapi kami cakna dan sentiasa ikhlas berusaha.
Marilah kita bersatu hati untuk lakukan yang terbaik demi masa depan anak-anak kita. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.


Sent from my iPhone

25.10.20

PENUTUPAN INSTITUSI PENDIDIKAN BERIKUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) / PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD)

SOALAN LAZIM (FAQ)
PENUTUPAN INSTITUSI PENDIDIKAN BERIKUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) / PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD)

A. PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN
1. Adakah institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan ditutup sekiranya sesuatu kawasan diisytiharkan PKPB/PKPD oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)?
Ya. Ini termasuklah tadika, sekolah harian, sekolah berasrama penuh, Kolej Vokasional, Kolej Tingkatan Enam, Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM.

2. Adakah guru/pensyarah perlu hadir bertugas
apabila sekolah/institusi pendidikan ditutup?
Tidak. Guru/pensyarah hendaklah bekerja dari rumah (BDR). Semua guru/pensyarah dikehendaki berada di stesen tempat bertugas masing-masing dan sentiasa bersedia sekiranya diarah hadir bertugas mengikut arahan Ketua Jabatan.

3. Adakah Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) perlu hadir bertugas apabila sekolah/institusi pendidikan ditutup?
Tidak. AKP hendaklah bekerja dari rumah (BDR). Semua AKP dikehendaki berada di stesen tempat bertugas masing-masing dan sentiasa bersedia sekiranya diarah hadir bertugas oleh Ketua Jabatan.

4. Adakah guru/pensyarah yang tinggal dalam kawasan PKPB/PKPD tetapi berkhidmat di sekolah/institusi pendidikan di luar kawasan PKPB/PKPD perlu hadir bertugas?
Ya. Guru/pensyarah perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran majikan untuk hadir bertugas.

5. Adakah murid/pelajar yang tinggal di kawasan PKPB/PKPD boleh hadir ke sekolah/institusi pendidikan yang berada di luar kawasan PKPB/PKPD?
Tidak.

6. Siapakah yang perlu hadir ke sekolah/institusi pendidikan ketika sekolah/institusi pendidikan ditutup?
i. Pekerja perkhidmatan perlu (essential services) termasuk pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan; dan
ii. Warden asrama dan pekerja dewan makan asrama sekiranya terdapat murid/pelajar yang kekal tinggal di
asrama.

B. PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
7. Adakah PdP perlu dilaksanakan bagi sekolah/institusi pendidikan yang ditutup?
Ya, dalam tempoh penutupan sekolah/institusi pendidikan ini, pentadbir akan memastikan guru/pensyarah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru/pensyarah dan murid/pelajar. Manual PdPR boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my.

8. Adakah sekolah/institusi pendidikan dibenarkan untuk menjalankan peperiksaan antarabangsa yang di kawal selia
oleh badan peperiksaan antarabangsa semasa sekolah/institusi pendidikan ditutup?
Ya. Calon perlu mendapatkan surat kebenaran menduduki peperiksaan daripada sekolah/institusi pendidikan sebagai bukti pengesahan. Pelaksanaan peperiksaan perlu mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.

9. Adakah sekolah dibenarkan untuk menunda Peperiksaan Percubaan SPM apabila sekolah diarahkan tutup?
Ya. Sekolah yang terlibat boleh menjadualkan semula peperiksaan tersebut ke suatu tarikh yang bersesuaian.
 
10. Adakah sekolah boleh mengunci masuk data Peperiksaan Percubaan SPM jika sekolah diarahkan tutup?
Ya. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibuka sehingga 31 Disember 2020.

C. PENUTUPAN INSTITUSI PENDIDIKAN BERIKUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) / PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD)
11. Adakah semua murid/pelajar yang tinggal di asrama boleh pulang ke rumah apabila arahan penutupan sekolah/institusi pendidikan dikeluarkan?
Ya. Walau bagaimanapun, murid/pelajar yang menunggu untuk diambil ibu bapa/penjaga atau murid/pelajar yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah/institusi pendidikan sepanjang tempoh penutupan sekolah/institusi pendidikan akan berada di bawah penjagaan warden asrama. Keperluan makan dan minum murid/pelajar sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah/institusi pendidikan.

12. Adakah ibu bapa/penjaga yang berada di kawasan PKPB/PKPD dibenarkan mengambil anak/anak jagaan di asrama?
Ya. Ibu bapa/penjaga dibenarkan untuk datang menjemput atau menguruskan perjalanan pulang anak/anak jagaan mereka yang berada di asrama sekolah/institusi pendidikan tertakluk kepada Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu.

D. PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) DAN KOLEJ MATRIKULASI (KM)

13. Bagaimanakah pelaksanaan PdP di IPG/KM sepanjang tempoh PKPB/PKPD?
PdP dilaksanakan secara dalam talian (online) sepenuhnya.

14. Adakah pelajar IPG/KM yang tinggal di kawasan PKPB/PKPD dikehendaki pulang ke IPG/KM yang berada di luar kawasan PKPB/PKPD selepas tamat tarikh cuti pertengahan semester? Tidak. Pelajar perlu pulang setelah tempoh PKPB/PKPD tamat.

15. Adakah kafeteriadankedairuncitdiIPG/KMberoperasi? Ya.

-TAMAT-


http://covid-19.moh.gov.my/faqsop/faq-pkpb-selangor-wp-kuala-lumpur--wp-putrajaya/02_FAQ_PENUTUPAN_INSTITUSI_PENDIDIKAN_BERIKUTAN_PKPB_PERINTAH_KAWALAN_PE.pdf


Sent from my iPhone

PENUTUPAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN DI KAWASAN ZON MERAH

SOALAN LAZIM (FAQ)
PENUTUPAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN DI KAWASAN ZON MERAH

A. PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN

1. Siapakah yang mengeluarkan surat arahan penutupan sekolah/institusi pendidikan sekiranya sesuatu kawasan disahkan sebagai zon merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?
Pengumuman penutupan akan dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Arahan selanjutnya akan dikeluarkan oleh Pendaftar Negeri untuk sekolah/Institusi pendidikan termasuk Institut Pendidikan Swasta (IPS), Rektor untuk Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Pengarah Bahagian Matrikulasi untuk semua Kolej Matrikulasi.

2. Adakah guru/pensyarah perlu hadir bertugas
apabila sekolah/institusi pendidikan ditutup?
Tidak. Guru/pensyarah hendaklah bekerja dari rumah (BDR).

Semua guru/pensyarah dikehendaki berada di stesen tempat bertugas masing-masing dan sentiasa bersedia sekiranya diarah hadir bertugas mengikut arahan Ketua Jabatan.

3. Adakah Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) perlu hadir bertugas apabila sekolah/institusi pendidikan ditutup?
Tidak. AKP hendaklah bekerja dari rumah (BDR). Semua AKP dikehendaki berada di stesen tempat bertugas masing-masing dan sentiasa bersedia sekiranya diarah hadir bertugas oleh Ketua Jabatan.
4. Siapakah yang perlu hadir ke sekolah/institusi pendidikan ketika sekolah/institusi pendidikan ditutup?
i. Pekerja perkhidmatan perlu (essential services) termasuk pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan; dan
ii. Warden asrama dan pekerja dewan makan asrama sekiranya terdapat murid/pelajar yang kekal tinggal di asrama.

5. Berapa lamakah tempoh sekolah/institusi pendidikan yang berada di kawasan zon merah perlu ditutup?
14 hari. Ini adalah bagi membantu memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19. Tarikh pembukaan semula sekolah/institusi pendidikan adalah bergantung kepada nasihat dan pandangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM.


B. PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

6. Adakah PdP perlu dilaksanakan bagi sekolah/institusi pendidikan yang ditutup?
Ya. Dalam tempoh penutupan sekolah/institusi pendidikan ini, pentadbir akan memastikan guru/pensyarah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru/pensyarah dan murid/pelajar. Manual PdPR boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my.

7. Adakah sekolah/institusi pendidikan dibenarkan untuk menjalankan peperiksaan antarabangsa yang dikawal selia
oleh badan peperiksaan antarabangsa semasa sekolah/institusi pendidikan ditutup?
Ya. Calon perlu mendapatkan surat kebenaran menduduki peperiksaan daripada sekolah/institusi pendidikan sebagai bukti pengesahan. Pelaksanaan peperiksaan perlu mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.

8. Adakah sekolah dibenarkan untuk menunda Peperiksaan Percubaan SPM apabila sekolah diarahkan tutup?
Ya. Sekolah yang terlibat boleh menjadualkan semula peperiksaan tersebut ke suatu tarikh yang bersesuaian

9. Adakah sekolah boleh mengunci masuk data Peperiksaan Percubaan SPM jika sekolah diarahkan tutup?
Ya. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibuka sehingga 31 Disember 2020.
 

C. PENGURUSAN ASRAMA SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN

10. Adakah semua murid/pelajar yang tinggal di asrama boleh pulang ke rumah apabila arahan penutupan sekolah/institusi pendidikan dikeluarkan?
Ya. Walau bagaimanapun, murid/pelajar yang menunggu untuk diambil ibu bapa/penjaga atau murid/pelajar yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah/institusi pendidikan sepanjang tempoh penutupan sekolah/institusi pendidikan akan berada di bawah penjagaan warden asrama. Keperluan makan dan minum murid/pelajar sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah/institusi pendidikan.

11. Adakah ibu bapa/penjaga yang berada di kawasan PKPB/PKPD dibenarkan mengambil anak/anak jagaan di asrama?
Ya. Ibu bapa/penjaga dibenarkan untuk datang menjemput atau menguruskan perjalanan pulang anak/anak jagaan mereka yang berada di asrama sekolah/institusi pendidikan tertakluk kepada Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu.

D. PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU DAN KOLEJ MATRIKULASI

12. Bagaimanakah pelaksanaan PdP sepanjang tempoh IPG/KM ditutup?
PdP dilaksanakan secara dalam talian (online) sepenuhnya. 

13. Adakah pelajar boleh kekal berada di kolej kediaman sepanjang tempoh IPG/KM ditutup?
Ya.

14. Adakah kafeteria dan kedai runcit di IPG/KM beroperasi?
Ya.

-TAMAT-



http://covid-19.moh.gov.my/faqsop/faq-pkpb-selangor-wp-kuala-lumpur--wp-putrajaya/03_FAQ_PENUTUPAN_SEKOLAH__INSTITUSI_PENDIDIKAN_DI_KAWASAN_ZON_MERAH.pdf


Sent from my iPhone

PENUTUPAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN YANG MEMPUNYAI KES POSITIF COVID-19

PENUTUPAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN YANG MEMPUNYAI KES POSITIF COVID-19

A. PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN

1. Siapakah yang mengeluarkan surat arahan penutupan sekolah/institusi pendidikan sekiranya mempunyai kes positif COVID-19?
i. Pengarah Bahagian Matrikulasi – Kolej Matrikulasi
ii. Rektor – Institut Pendidikan Guru (IPG)
iii. Pendaftar Negeri – Sekolah/Institusi pendidikan termasuk Institut Pendidikan Swasta (IPS)

2. Adakah guru/pensyarah perlu hadir bertugas apabila sekolah/institusi pendidikan ditutup?
Tidak. Guru/pensyarah hendaklah bekerja dari rumah (BDR). Semua guru/pensyarah dikehendaki berada di stesen tempat bertugas masing-masing dan sentiasa bersedia sekiranya diarah hadir bertugas oleh Ketua Jabatan.

3. Adakah Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) perlu hadir bertugas apabila sekolah/institusi pendidikan ditutup?
Tidak. AKP hendaklah bekerja dari rumah (BDR). Semua AKP dikehendaki berada di stesen tempat bertugas masing-masing dan sentiasa bersedia sekiranya diarah hadir bertugas oleh Ketua Jabatan.
4. Siapakah yang perlu hadir ke sekolah/institusi pendidikan ketika sekolah/institusi pendidikan ditutup?
i. Pekerja perkhidmatan perlu (essential services) termasuk pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan; dan
ii. Warden asrama dan pekerja dewan makan asrama sekiranya terdapat murid/pelajar yang kekal tinggal di asrama.
5. Berapa lamakah tempoh sekolah/institusi pendidikan yang mempunyai kes positif COVID-19 perlu ditutup?
7 hari. Ini bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan, disinfeksi dan pengesanan kontak rapat dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

B. PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
6. Adakah PdP perlu dilaksanakan bagi sekolah/institusi pendidikan yang ditutup?
Ya. Dalam tempoh penutupan sekolah/institusi pendidikan ini, pentadbir akan memastikan guru/pensyarah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru/pensyarah dan murid/pelajar. Manual PdPR boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my.

7. Adakah sekolah dibenarkan untuk menunda Peperiksaan Percubaan SPM apabila sekolah diarahkan tutup?
Ya. Sekolah yang terlibat boleh menjadualkan semula peperiksaan tersebut ke suatu tarikh yang bersesuaian

8. Adakah sekolah boleh mengunci masuk data Peperiksaan Percubaan SPM jika sekolah diarahkan tutup?
Ya. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibuka sehingga 31 Disember 2020.

C. PENGURUSAN ASRAMA SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN

9. Adakah semua murid/pelajar yang tinggal di asrama boleh pulang ke rumah apabila arahan penutupan sekolah/institusi pendidikan dikeluarkan?
Ya. Walau bagaimanapun, murid/pelajar yang menunggu untuk diambil ibu bapa/penjaga atau murid/pelajar yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah/institusi pendidikan sepanjang tempoh penutupan sekolah/institusi pendidikan akan berada di bawah penjagaan warden asrama. Keperluan makan dan minum murid/pelajar sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah/institusi pendidikan.

10. Adakah ibu bapa/penjaga yang berada di kawasan PKPB/PKPD dibenarkan mengambil anak/anak jagaan di asrama?
Ya. Ibu bapa/penjaga dibenarkan untuk datang menjemput atau menguruskan perjalanan pulang anak/anak jagaan mereka yang berada di asrama sekolah/institusi pendidikan tertakluk kepada Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu.

D. PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU DAN KOLEJ MATRIKULASI

11. Bagaimanakah pelaksanaan PdP sepanjang tempoh IPG/KM ditutup?
PdP dilaksanakan secara dalam talian (online) sepenuhnya.

12. Adakah pelajar boleh kekal berada di kolej kediaman sepanjang tempoh IPG/KM ditutup?
Ya.

13. Adakah kafeteria dan kedairuncitdiIPG/KMberoperasi?
Ya.

-TAMAT-

http://covid-19.moh.gov.my/faqsop/faq-pkpb-selangor-wp-kuala-lumpur--wp-putrajaya/04_FAQ_PENUTUPAN_SEKOLAH_INSTITUSI_PENDIDIKAN_YANG_MEMPUNYAI_KES_POSITIF_COVID-19.pdf


Sent from my iPhone

3.7.20

Pemilihan Model Pengoperasian Pembukaan Sekolah

As salam dan selamat sejahtera,

Maklum balas ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat pemilihan model pembukaan penuh sekolah seperti yang telah dimaklumkan melalui surat pemakluman bertarikh 26 Jun 2020 dengan rujukan KPM.100-1/3/1 Jilid 3 (6) iaitu Pemakluman Berhubung Model Pengoperasian Pembukaan Penuh Sekolah. Pihak sekolah diminta untuk merujuk surat pemakluman tersebut sebelum mengisi maklumbalas ini. 

Sehubungan itu GB kena isi borang ini... https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdbkuC8nBj1fmygofmmJ820g9k0Tkl0uP8NqmJaQ6Fj7lzD3Q/viewform dengan bantuan pemantau. 

Pemilihan model  akan menentukan bilangan pengimbas suhu  yang sepatutnya ada. KPM akan turunkan duit untuk beli  pengimbas suhu. 

Dipohon agar para GB isi dengan teliti, berhati-hati serta slow & steady... Borang perlu dihantar selewat-lewatnya pada hari Ahad, 5 Julai 2020.

#kitajagakita

Sekolah pada dasarnya hanya ada dua pilihan iaitu model 1 atau model 2. Model tiga hanya boleh dipilih setelah segala usaha dibuat dan tidak memungkinkan untuk melaksanakan model 2.

Usaha pertama yang perlu dibuat ialah menyusun semaksimum mungkin meja di dalam kelas. 
- Jarak ialah body to body 1 m
- Meja boleh disusun hingga ke dinding tepi
Bila dah dapat bilangan maksimum ini maka mudahlah untuk kita kira berapa bilangan kelas yang baharu.

Cara Kira Bilangan Kelas Baharu:
Untuk mengira berapa bilangan kelas yang baharu kita kena ambil jumlah murid bagi setiap aliran kemudian dibahagi dengan bilangan meja yang maksimum boleh masuk dalam sesebuah kelas.
Misalnya:
1- Tahun satu kita ada 6 kelas dengan murid seramai 200 orang. 
2- Katakan bilangan meja yang maksimum dalam kelas ialah 30.
3- Maka bilangan kelas yang baharu untuk Tahun Satu ini ialah:
200/30 = 7 kelas
4- Maka hanya bertambah 1 kelas untuk tahun 1

Buat kiraan yang sama untuk semua tahun. Ingat ya mungkin bilangan maksimum meja tak sama bagi setiap bilik darjah.

Katakan setiap Tahun bertambah 1 kelas, maka 6 Tahun akan ada pertambahan 6 kelas.

Apa nak buat?
1- Usaha sedaya upaya untuk kekalkan semua kelas tu agar sama sesi misalnya dengan meletakkan tambahan kelas baharu ini di bilik-bilik khas. Cara ini akan ada pertambahan period pada guru. 
2- Cantumkan 2/3 kelas dan tempatkan mereka dalam dewan (yang lengkap dengan APD) maka mungkin boleh elakkan tambah period pada cikgu.
3- Namun andai tak ada bilik untuk menempatkan pertambahan kelas ini, maka kenalah pilih Model 2 (buka 2 sesi) bagi yang sekolah 1 sesi. Bagi sekolah yang sedia 2 sesi pula terpaksa ambil Model 3.
*Sekolah besar yg muridnya padat dan ramai memang kena model 3.

Maklumat lain:
1- Bilangan mata pelajaran sama. Namun ada penjajaran semula bilangan minggu belajar oleh BPK.
2- Panjang tempoh waktu rehat terpulang kepada sekolah. Tapi ia akan menjejaskan waktu balik

Sekadar panduan...

GMGBM
3 Julai 2020



Sent from my iPhone